Thursday, June 9, 2011

KERPAL SINGH TAZKIRAH PRESIDEN PAS MENGENAI NEGARA ISLAM?


Pas Dalam Al Quran Tiada Negara Islam


KUALA LUMPUR 8 Jun – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar tahunan baru-baru ini, bahawa perjuangan mereka adalah kepada negara kebajikan dan bukannya negara Islam membuktikan ideologi rakan sekutu mereka, DAP telah meresap jauh dalam kepimpinan Pas.
Abdul Hadi terpaksa melakukan tindakan drastik kerana terpaksa menyelamatkan parti itu yang bukan sahaja menghadapi tekanan dari pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) malah dari rakan baik dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan PKR.
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman menyifatkan apa yang dilakukan itu membuktikan Pas kini berada dalam keadaan terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan mereka dapat bersama dalam pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Seperti kita ketahui, perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam mendapat tentangan keras terutama DAP sehingga Pengerusinya, Karpal Singh sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa jika Pas ingin menubuhkan negara Islam, mereka perlu langkah mayatnya terlebih dahulu.
“Apa yang berlaku baru-baru ini, suatu kemenangan buat DAP terutamanya Karpal, mayatnya pasti tidak dilangkah oleh orang Pas kerana Pas sudah tewas, perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan Pas sejak parti itu ditubuhkan sudah berkubur,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Karpal tidak perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya jika berhasrat untuk menubuhkan negara Islam, perjuangan Pengerusi DAP itu sudah berjaya tanpa perlu bersusah payah.
Hamidah berkata, selain tekanan daripada DAP, Pas terpaksa mengorbankan perjuangan parti itu bagi memastikan mereka terus mendapatkan sokongan daripada rakyat kerana menyedari mereka kini sudah kehilangan sokongan berdasarkan daripada beberapa keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pilihan raya kecil sebelum ini.
“Pas sebenarnya menjadi kuda tunggangkan kepada DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang, mereka dijadikan alat untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana kedua-dua rakan mereka itu tidak mempunyai kekuatan seperti Pas.
“Pilihan raya Sarawak bukti jelas dimana Pas berputih mata, DAP menang bergaya dan PKR sudah punyai tapak di Sarawak,” katanya.
Menurutnya, pengorbanan Pas mengugurkan perjuangan asasnya adalah dalam usaha untuk menarik sokongan di kalangan bukan Melayu menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang kerana perjuangan negara Islam dilihat menjadi kekangan untuk mendapatkan sokongan.
Hamidah berkata, beliau berkeyakinan bahawa Pas akan terus menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang untuk memastikan mereka masih dapat bersaing dalam pilihan raya umum akan datang. -MediaUMN

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]