Thursday, June 9, 2011

JIKA ANUWAR ORANG BIASA ADAKAH LAYANANNYA.......?


GAPS Sifatkan Layanan Istimewa Mahkamah Terhadap Anwar Luar Biasa


KUALA LUMPUR, 6 Jun – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengenepikan Hakim kes liwatnya untuk kali ketiga adalah satu tindakan yang amat luarbiasa.
Malah ia lebih luar biasa apabila Hakim yang mengendalikan kes tersebut menangguhkan bicara kes tersebut ke bulan Julai bagi membolehkan Anwar merayu tindakan Hakim yang menolak permohonan tersebut.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata perbuatan Anwar merupakan salahguna kuasa sistem perundangan di negara ini.
Ini kerana katanya mengenepikan Hakim tatkala Orang Kena Tuduh (OKT) telah dipanggil membela diri setelah kes prima facie telah didapati, adalah salahguna kuasa yang melampau oleh OKT.
“Kini sistem kehakiman negara sedang diadili. Semakin ramai rakyat melihat kompetensi sistem kehakiman di negara ini amat nipis apatah lagi bila berhadapan dengan golongan ahli politik elit sebagai OKT.
“Hakim-hakim dilihat memberikan layanan yang sangat istimewa bila berhadapan dengan OKT ahli politik elit ini. OKT golongan ini biasanya akan diberikan layanan sehabis lembut dalam proses perbicaraan,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Sehubungan dengan itu, tegas beliau GAPS mencadangkan agar Hakim di negara ini belajar dari ketegasan Hakim di Amerika Syarikat yang memberikan layanan yang sama kepada semua OKT.
Beliau memberi contoh kes Dominique Strauss Khan Pengarah Urusan IMF untuk melihat ketegasan Mahkamah Amerika Syarikat berbanding Mahkamah di negara ini.
“Manakala rakyat marhaen atau mangsa marhaen seperti Saiful Azlan Bukhari langsung tidak dipedulikan akan keadilan untuk mereka ini. Semacam ada dua set layanan perundangan, satu untuk OKT ahli politik elit yang sangat istimewa layanannya, dua untuk rakyat marhaen yang langsung tidak dipedulikan nasib mereka.
“Masih ada lagikah masa depan untuk keadilan bagi rakyat marhaen di Malaysia? Selagi ada ahli politik zalim, selagi itulah nasib keadilan rakyat terus dibakul-sampahkan,” ujarnya yang juga mantan Ketua Pemuda PKR Selangor. -MediaUMNO

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]