Dewan Rakyat: Kejayaan ETP bukan sandiwara kerajaan Laporan Mohd Anwar Patho Rohman, Haspaizi Mohd Zain dan Lum Chee Hong bhnews@bharian.com.my 2011/06/15 Kejayaan tarik pelabur luar lonjak ekonomi negara KUALA LUMPUR: Kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan bukan satu sandiwara ataupun retorik, sebaliknya ia adalah gambaran keyakinan pelabur terhadap keupayaan kerajaan mengurus tadbir ekonomi negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany, berkata ETP adalah satu usaha komprehensif kerajaan untuk mentransformasi ekonomi Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Katanya, senarai pelabur yang diumumkan kerajaan melalui program berkenaan bukanlah ‘kekayaan di atas kertas’ seperti didakwa pembangkang, sebaliknya syarikat terbabit komited untuk melabur di negara ini. “(Pembangkang) Tolong datang jumpa kita, macam mana kita boleh sandiwara dalam perkara ini dan ia bukannya retorik. Kita ikhlas, boleh datang jumpa. “Saya bagi contoh, sembilan inisiatif diumumkan dalam sektor pelancongan dan syarikat disenaraikan seperti Khazanah (Nasional Bhd) dan sebagainya, kesemuanya adalah nama yang ada serta sudah melabur,” katanya ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor). Sebelum itu, Dzulkefly ketika mengemukakan soalan tambahan mendakwa, pengumuman kerajaan berhubung program berkenaan sekadar kekayaan atas kertas. Devamany sebaliknya berkata, kejayaan kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur dari luar adalah kerana keyakinan mereka terhadap keupayaan kerajaan membangunkan ekonomi negara. “Itulah orang kata, kalau tidak kenal maka tidak cinta, kalau tidak tahu bermakna kita buta, syarikat yang masuk (melabur) sudah mengkaji dan yakinlah pada negara kita serta sokonglah program dilaksana kerajaan,” katanya. Sementara itu menjawab soalan bertulis Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berhubung perkembangan ETP, Devamany berkata, program berkenaan akan meningkatkan pendapatan kasar negara (PNK) per kapita lebih AS$15,000 atau RM48,000 menjelang 2020. Selain itu, lebih 3.3 juta peluang pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar akan diwujudkan menjelang 2020. |
Wednesday, June 15, 2011
BUKU JINGGA SENDIWARA PEMBANGKANG.
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment