Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, bahawa PRU 13 yang akan datang akan berlangsung dalam suasana yang sangat dahsyat, nampaknya tidak memberi apa-apa respon kepada kepimpinan UMNO Jasin. Malah yang terbaru, apabila pembangkang menerusi parti PAS, yang bakal mengadakan demontrasi jalanan BERSIH 2, juga tidak dapat mengejutkan kepimpinan UMNO Bahagian untuk mengambil langkah drastik bagi mengambil hati pengundi, khususnya pengundi atas pagar dan pengundi muda.Nampaknya tidak hairanlah bila slogan PAS "melangkah ke Putra Jaya" dengan menggantikan Pesuruhjaya PAS Negeri yang lama kepada ustaz Adli juga tidak diambil berat. Semua tahu, Jasin baru sahaja melalui satu Pilihanraya Kecil DUN Merlimau tempoh hari. PRK semua faham segala jentera parti akan bertumpu di situ, jadi jika ada yang tak buat kerja pun tak apa kerana jentera ramai. Keadaan berbeza sekali waktu PRU di mana semua nya sibuk dengan kawasan masing-masing, jika ada yang membantu pun mungkin pada waktu ceramah sahaja. Yang lainnya bergantung sepenuhnya kepada kepimpinan Bahagian baik UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan juga PPP serta parti komponen yang lain. Jika gagal maka akan beri kesan kepada calon dan parti yang bertanding. Mesyuarat Perwakilan Bahagian baru sahaja berlalu, kelihatan ramai waktu pengundian G 7 , habis undi ramai yang balik, meninggalkan dewan dengan hanya dipenuhi kerusi-kerusi kosong sewaktu perbahasan usul. Ini menunjukkan ada masalah dalaman yang ketara bila perwakilan meninggalkan mesyuarat tersebut. Lebih malang lagi bila ada perwakilan yang menyatakan sewaktu perbahasan usul ada menerima sampul surat "ada isi" dari calon yang bertanding. Apa dah jadi ni? Sewaktu kepimpinan pusat berusaha untuk menghapuskan politik wang, ini pula yang berlaku. Tak tahulah sama ada Ketua Bahagian ada ambil tindakan atau berdiam diri sahaja? Jika dilihat dari segi persediaan pembangkang, mereka terus mejadikan majilis ceramah yang dipenuhi dengan fakta yang salah, tomahan dan sebagainya dengan harapan untuk mengusik EMOSI pengundi atas pagar dan pengundi muda agar menyokong dan mengundi mereka. Mungkin UMNO Jasin tak jelas perkara ini, sekarang ni proses pilihanraya juga melibatkan faktor emosi yang perlu dimainkan agar pengundi lalang ni memihak kepada mereka. Sudah barang tentu, untuk mempengaruhi emosi ini, perlukan masa yang lama serta bahan-bahan yang terancang lagi berterusan sifatnya. UMNO Jasin ada juga mengadakan program JUARA RAKYAT tapi malangnya hanya orang yang sama sahaja yang datang untuk meramaikan. Program yang diadakan setakat melepaskan batuk di tangga sahaja tidak beri kesan secara psikologi dan moral kepada UMNO /BN. Malah ada juga khabar angin yang mengatakan ada sesetengah program yang "BESAR" bunyinya tapi hanya 40 orang sahaja yang datang. Apa dah jadi ni YB DUN dan YB Parlimen? Setakat tulisan ini ditulis, UMNO Bahagian lain telah pun bermula gerakan-gerakan mereka, tapi Jasin asyik dengan pendekatan politik lama yang digunakan. Tranformasi kepimpinan yang sering di ingatkan oleh Presiden UMNO hanya tinggal slogan sahaja. Ini belum lagi, pengundi Cina dan India yang walau pun telah menunjukkan sokongan tapi belum menyeluruh. Mungkin agaknya berdasarkan rekod PRU, pembangkang belum lagi pernah menang maka UMNO Bahagian oleh duduk dengan selesa. Tapi ingatlah kemerosotan undi yang diperolehi ketika PRU 12 2008 di bandingkan dengan PRU 11 2004. Sindrom lama kini benar-benar telah menghantui kepimpinan UMNO Jasin hinggakan AJK lebih fokus pilihanraya parti dari PRU. Tak ada gunanya jika menang pun dalam pilihanraya parti tapi kalah dalam PRU. Ingatlah ahli-ahali UMNO sahaja belum cukup untuk memastikan kemenangan dalam PRU...pengundi atas pagar dan pengundi baru adalah faktor penentunya. BILA NAK BUAT BILIK GERAKAN.....BANGUN HOI....BANGUN.... |
Wednesday, June 15, 2011
UMNO BAH. JASIN KETINGGALAN DALAM PERSEDIAAN PRU 13.
Label:
PRU 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment