Put your stuff here |
KUALA LUMPUR 7 Jun - Barisan kepimpinan baru Pas yang tidak lagi dikuasai golongan ulama bakal memberi kelebihan kepada UMNO pada pilihan raya umum akan datang terutama untuk merampas kembali Kedah.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bagaimanapun pada masa sama, sedih kerana barisan tersebut menyukarkan lagi proses penyatuan orang Melayu.
"Dari perspektif politik, kami terutamanya yang datang dari Kedah amat gembira dengan kemenangan mereka (bukan ulama).
''Namun, jika dilihat dari segi penyatuan orang Melayu, ia agak menyedihkan kerana golongan ini adalah kumpulan yang berkeras untuk memisahkan orang Melayu demi kepentingan mereka sendiri," katanya selepas pelancaran Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana 2011 (Smidex 2011) di sini hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada Muktamar Pas Ke-57 baru-baru ini, golongan bukan ulama menyapu bersih jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta majoriti daripada 18 anggota jawatankuasa pusat parti itu
No comments:
Post a Comment