Thursday, June 9, 2011

DEMO BERSIH SATU LAGI PERANCANGAN STRATEGIK BURUKKAN SPR



erbagai pihak buat aduan polis minta halang perhimpunan gugat keselamatan negara
KHAMIS, 09 JUN 2011 15:50 HELME HANAFI

BERBAGAI pihak tampil meminta polis mengambil tindakan pencegahan bagi menghalang perhimpunan BERSIH kerana bimbang soal keselamatan dan ketenteraman awam berikutan penganjurannya.

Sebelum ini, parti pembangkang PAS dan PKR sibuk berkempen mahu menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai depan sebagai tanda bantahan terhadap sistem pilihanraya di negara ini yang kononnya 'tercemar'.

PAS dan PKR 'menunggang' sebuah NGO yang diberi nama BERSIH untuk tujuan tersebut.

Di Ibu Pejabat Polis Putrajaya tadi, lima NGO membuat laporan polis terhadap BERSIH.

Wakil kumpulan tersebut, Mohd Hisamudin bin Yahaya, dalam laporan polisnya melahirkan rasa amat kecewa dan tidak bersetuju dengan rancangan parti PAS dan PKR untuk mengadakan demonstrasi tersebut

Menurutnya, beliau mendapat maklumat, timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai pengerusi badan bertindak mobilisasi demonstrasi PAS Pusat akan mengetuai perhimpunan pada hari tersebut.

"Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang seberat-beratnya ke atas penganjur dan pengikut-pengikut yang terlibat dalam perhimpunan itu kelak.

"Disamping itu tindakan awal juga perlu diambil ke atas pihak penganjur sebagai langkah-langkah menjaga keselamatan dan ketenteraman awam," kata beliau.

Hisamuddin yang juga Exco Pemuda UMNO turut menasihatkan, golongan muda jangan terlibat dengan rancangan tersebut kerana tindakan demostrasi tidak membawa kepada negara.

"Sebaliknya hanya boleh menghancurkan kehormonian negara tercinta ini yang telah terbukti bergerak maju sehingga ke hari ini,"katanya.

Sementara itu, Ketiu Wira Perkasa Putrajaya, Tun Faisal Abdul Aziz memberitahu Agendadaily, pihak berkuasa perlu bertindak tegas termasuk mendakwa mereka yang terlibat dalam menganjurkan perhimpunan yang dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara itu.

"Kita minta polis tegas halang perhimpunan tersebut, dan jika ia berlaku, polis perlu ambil gambar dan video mereka yang terbabit, kumpul segala bukti dan kita desak Peguam Negara jangan teragak-agak dakwa semua yang terlibat," jelas beliau.

"Wira Perkasa juga menyeru agar rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, mahukan keselesaan, keselamatan terjamin, benci negara diporak-perandakan dan imej negara dirosakkan, agar bangkit menentang perhimpunan ini.

"Selagi kita berdiam diri, pihak yang suka wujudkan anarki salam negara akan rasa yang mereka berada di pihak yang benar,"katanya.

Sementara itu, nasib penjaja dan peniaga yang sering terjejas setiap kali demo besar menyebabkan Pemuda Umno turut membuat laporan polis di ibu Pejabat Polis Dang Wangi, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demo BERSIH.

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

"Jangan sampai dah rugi RM10 juta baru nak ambil tindakan. Tak ada gunanya lagi," katanya sambil meminta semua pihak mengambil iktibar daripada perhimpunan pertama BERSIH dan anti-ISA sebelum ini.

Menurut Tengku Azman, selain Pemuda Umno, tujuh lagi NGO tampil sama membuat laporan antaranya Persatuan Peniaga Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman.-9/6/201

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]