Sunday, June 5, 2011

JASIN TANDUS KEPIMPINAN PEMUDA.......



Penggal ini merupakan penggal terakhir buat Ketua Pemuda Jasin Zaidi Attan. Sepanjang perkhidmatannya sebagi Ketua Pemuda, ujian terakhir yang dilaluinya adalah Pilihanraya Kecil DUN Merlimau. Syukur, berkat usaha, kerja kuat serta kebijaksanaan mengatur strategi YB Ruslan Ahmad telah memperolehi kemenangan. Begitu juga dengan kembalinya sokongan golongan muda dan pengundi India.

Ada yang mengatakan pemimpin datang dan pergi. Benar tapi kini menjadi amalan atau budaya membandingkan pemimpin dahulu dan sekarang. Generasi muda kini mahukan seorang pemimpin muda yang faham hasrat dan inspirasi mereka. Benar, calon ramai di Jasin, tapi nak cari yang matang dan ada gagasan mungkin kurang. Ini kerana pendedahan yang kurang kepada falsafah kepimpinan diperingkat yang lebih tinggi. Bukan senang nak jaga hampir 80 cawangan. Pengorbanan adalah pasti selain dari peruntukan juga penting. Kalau setakat nak jadi Ketua Pemuda sahaja, memang ramai calonnya....apa pun kepada kepimpinan yang ada sekarang sudah sampai masanya mereka meningkatkan lagi bakat,ilmu, kemahiran, pendedahan dan ambil tahu nasib-nasib Pemuda Cawangan di seluruh daerah Jasin.Put your stuff here

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]