Sunday, June 5, 2011

55 TAHUN UMNO TELAH JAGA KEBAJIKAN RAKYAT...

Negara kebajikan hanya gimik politik Pas – Nazri Aziz

05/06/2011 5:05pm

JERANTUT 5 Jun – Manifesto Pas untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan hanyalah satu penipuan dan gimik politik bagi meraih sokongan masyarakat pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, manifesto seperti itu lahir daripada pihak yang tidak memahami sistem pentadbiran kerajaan.

Menurut beliau, sekiranya pas melaksanakannya, sudah pasti ekonomi negara tidak mampu bertahan lama malah akan menjadi muflis.

“Mereka (Pas) tidak sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah 55 tahun menjaga kebajikan rakyat selama ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Jerantut, di sini hari ini.

Menurut Mohamed Nazri, manifesto itu disifatkan sebagai permainan politik dan tidak mampu dilaksanakan oleh parti itu.

“Janji itu hanya mengaburi pemikiran rakyat kerana Pas termasuk pakatan pembangkang lain bercita-cita besar menawan Putrajaya sedangkan ia tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji kosong yang dilemparkan pembangkang kerana mereka tidak mampu menunaikannya.

Terdahulu Mohamed Nazri dalam ucapannya berkata, pemimpin UMNO di semua peringkat perlu menangkis slogan Ketuanan Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertujuan untuk mengembalikan sokongan masyarakat terhadap parti itu.

“Dalam Perlembagaan sudah jelas dan termaktub tentang Ketuanan Melayu dan perkara lain. Oleh itu, jangan hanya pandai pula mengubah untuk tujuan berbohong dengan rakyat bagi mencapai cita-cita politik masing-masing,'' katanya. – Utusan

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]