Sunday, June 5, 2011

SOKONGAN KEPADA ERDOGAN HANYA SEMENTARA WAKTU....

Kepimpinan baru Pas hanya untuk sokongan sementara

05/06/2011 4:37pm

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
MARAN 5 Jun – Kepimpinan baru Pas yang dipilih semalam dilihat sekadar meraih sokongan sementara bagi mencapai matlamat mereka untuk memerintah bersama pakatan pembangkang di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika dahulu parti itu berjuang atas prinsip Islam, tetapi perjuangan mereka dilihat semakin kabur dengan kepimpinan baru berkenaan.

Beliau percaya perkara itu akan menjadi persoalan kepada para ahlinya di manakah hala tuju mereka dalam memperjuangkan Islam.

"Sebelum ini perjuangan mereka konsisten dan selari dengan asas penubuhannya, tetapi sudah berubah kerana tidak ada pertimbangan tanpa memikirkan agenda lebih besar iaitu pembinaan negara bangsa, agama dan tanah air," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran di sini hari ini. – Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]