Kenyataan Hadi dibuat demi kepentingan politik - TPM |
KUALA LUMPUR 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan segala tohmahan dan kecaman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak berasas dan dibuat demi kepentingan politik semata-mata.
“Saya baca dengan teliti apa yang telah diungkapkan Presiden Pas pada Muktamar (Muktamar Tahunan Pas ke-57) yang menghentam bertubi-tubi BN dan UMNO.
“Dia buat kenyataan begitu dengan menidakkan segala-galanya, (beliau menuduh) segala kemungkaran yang berlaku di Malaysia ini adalah kerana kezaliman dan tidak ada sistem pendidikan Islam yang betul.
“Bagi saya ini satu kenyataan yang cukup melampau, yang tidak Islamik, yang tidak berasaskan niat dan nawaitu yang baik kerana muslihat politik lebih dari segala-galanya.
“Ini suatu kenyataan politik. Kita sebagai seorang tokoh agama, jangan (guna) politik. Ia mesti berdasarkan kepada hak, kenyataan yang benar bukan kita gunakan kesempatan itu untuk menidakkan mana yang hak, mana yang betul.
“Kalau betul... dia kata, barulah dia pemimpin yang berwibawa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Manhaj Bandar Pengurusan Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan di Kompleks Pusat Islam di sini, hari ini. – Bernama
No comments:
Post a Comment