BN bukan kambing hitam dalam penyebaran video seks - TPM 05/06/2011 6:33pm KUALA LUMPUR 5 Jun – Barisan Nasional (BN) bukanlah kambing hitam dalam isu penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "BN adalah parti yang jelas, telus. BN akan siasat apakah sebabnya sesuatu perkara itu berlaku, itu pendekatan yang kita ambil. “Kita awal-awal lagi pun sudah katakan yang ini bukan permainan kita, ia dilakukan oleh pihak tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena program turun padangnya ke sekitar Kuala Lumpur hari ini. Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diluluskan oleh Muktamar Pas hari ini yang mendakwa BN bertanggungjawab dalam penyebaran video seks itu. Beliau berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan masalah Islam, seharusnya membahaskan mengenai kebenaran berhubung siapa pelaku dalam video seks itu, sekali gus menyatakan pendirian mereka dalam isu itu. "Parti yang kata memperjuangkan masalah Islam sudah lari dari landasan Islam, mereka membicarakan mengenai soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira soal hak, tuntutan agama dan soal mencari keredaan Allah. "Semuanya permainan politik yang tidak menyelesaikan masalah dan tidak membantu dalam memberikan imej baik bagi parti Pas,” katanya. – Bernamae |
Sunday, June 5, 2011
HANYA STRATEGI LAPUK PEMBANGKANG.....
Label:
ISU VIDEO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment