Sunday, June 5, 2011

ISU UDA SELESAI?

MoF akan putuskan projek pembangunan di Penjara Pudu

05/06/2011 6:36pm

IPOH 5 Jun – Cadangan UDA Holdings Bhd yang mahu melantik syarikat dari China bagi membangunkan kawasan Penjara Pudu dengan anggaran kos RM6.7 bilion adalah tertakluk kepada prosedur perolehan kerajaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, berdasarkan peraturan, kelulusan projek bernilai lebih RM300 juta oleh semua badan milik kerajaan atau berkaitan kerajaan (GLC) akan diputuskan Kementerian Kewangan (MoF).

"Bagi projek melibatkan lebih RM300 juta, keputusan daripada pihak pengurusan syarikat akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan Bahagian Perolehan akan membuat penilaian teknikal terhadap keputusan itu sebelum dibawa ke Jawatankuasa Perolehan untuk dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu pembangunan tapak penjara terbabit, yang timbul apabila UDA Holdings - sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan - didakwa mahu melantik syarikat dari China untuk memajukan kawasan itu kerana tiada syarikat bumiputera yang layak. – Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]