Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab Oleh OOI CHOON JOO pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 16 Jun – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu digesa memberi penjelasan berhubung maksud gelaran mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggambarkan perilaku seks luar tabii pemimpin itu sebelum ini. Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, penjelasan itu penting memandangkan ramai anak muda ingin tahu maksud sebenar gelaran yang diberikan itu. Tambah beliau, masyarakat juga ingin tahu daripada Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mengenai tujuan sebenar perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini. “Adakah perhimpunan itu untuk kepentingan umum atau untuk membersihkan nama Anwar. Anwar kini sudah ‘tidak masuk perlumbaan’ kerana tabiatnya yang luar biasa dan semakin jelas kelihatan,” kata Anuar dalam satu kenyataan di sini hari ini. Anuar berkata, Mat Sabu juga harus memberi pengesahan terhadap berita yang mengatakan bahawa beliau akan meminta maaf secara terbuka kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gelaran itu. Mat Sabu yang baru-baru ini memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, telah mengumumkan bahawa tidak akan menyerang Ketua Pembangkang itu, sebagaimana yang pernah dilakukannya semasa Anwar dalam UMNO. |
Friday, June 17, 2011
JAWAB ABANG MAT, JANGAN TAK JAWAB ?
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment