Thursday, June 16, 2011

BENARKAH MELAYU TIDAK PANDANG NEGARA ISLAM ?

Put your stuff here
MELAYU TIDAK PANDANG NEGARA ISLAM?

PPUBJ : DAP ANTI ISLAM

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 12 Jun 2011 memaparkan artikel mengenai perubahan dasar perjuangan Pas daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan seperti yang dicanangkan pada muktamar tahunan parti itu yang ke-57, baru-baru ini.

Langkah itu dilakukan bagi menarik sokongan bukan Islam kerana dasar untuk mewujudkan negara Islam yang dipegang parti itu sejak sekian lama tidak mendapat sokongan orang Melayu.

Artikel bertajuk ‘Adakah Pas akan mungkir janji lagi? yang ditulis pengkritik semasa, Loh Hon Chew disiarkan di ruangan Pendapat Yuanlun, halaman A14.

Pada masa sekarang, kekuatan Pas hanya tertumpu di Kelantan dan Kedah. Pengaruh parti itu yang dikatakan wujud di Terengganu dan Pahang pula telah dikuasai semula oleh UMNO. Di sebelah barat Semenanjung Malaysia pula, kawasan itu semua di tangan parti terbesar orang Melayu itu.

Hakikat ini menyebabkan Pas perlu mengharapkan sokongan orang bukan Islam untuk menang di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Berdasarkan pengalaman ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008, Pas amat faham bahawa isu negara Islam digeruni oleh bukan Islam. Jika disebut berkali-kali, ia akan mengundang padah.

Ditambah pula dengan keputusan beberapa pilihan raya kecil dan negeri sebelum ini, Pas menyedari orang Melayu sendiri tidak menyokong konsep negara Islam yang dibawa parti itu.

Langkah beralih kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan terpaksa dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan segelintir ulama yang masih tinggal kerana keputusan pemilihan memihak kepada puak liberal dan profesional.

Beliau sebagai Presiden telah dikelilingi oleh puak-puak tersebut sehingga terpaksa akur, tunduk dan mengikut telunjuk mereka.

Dalam pada itu, ada juga pihak yang berpendapat perubahan pendirian parti itu kerana menyedari PRU Ke-13 sudah hampir tiba. Pas khususnya Abdul Hadi mahu menggunakan taktik licik dengan menjadi negara berkebajikan sebagai faktor penarik bagi menipu dan mendapatkan sokongan orang bukan Islam sekali lagi.

Tanggapan negatif terhadap Abdul Hadi berpunca kerana beliau mempunyai rekod bercakap bohong dan mungkir janji. Sebelum PRU Ke-12, beliau pernah menyatakan hasrat untuk mewujudkan negara berkebajikan tetapi selepas pilihan raya pada 2008 itu beliau berpusing 360 darjah, bertindak untuk tutup mulut dan tidak menyentuh langsung mengenai negara berkebajikan. Sebaliknya, beliau tukar tajuk pula untuk mewujudkan negara Islam.

Pendirian Pas yang berpusing ke belakang untuk mewujudkan negara berkebajikan adalah seperti kuda yang berpatah balik. Ia akan membuatkan orang-orang bukan Islam yang menyokong Pas lari lintang-pukang sehingga pecah perut dan kuda-kuda yang ditunggangi mereka pula akan tersungkur.

Kesangsian terhadap perubahan pendirian Pas ini adalah berpunca kerana Abdul Hadi pada awal tahun ini masih kekal dengan agenda negara Islam. Beliau langsung tidak mahu bertolak ansur dengan pendirian itu walaupun didesak parti pembangkang lain.

Keraguan terhadap keikhlasan Abdul Hadi untuk memperjuangkan konsep negara kebajikan juga berpunca daripada langkah parti itu untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO ketika masih lagi bersama-sama pihak pembangkang.

Siapa sangka tidak lama selepas PRU Ke-12, ada satu perbincangan antara kedua-dua parti bagi mengadakan kerjasama. Pada masa itu, Abdul Hadi secara jujur berkata, satu hari nanti Pas sudah pasti akan bergabung dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan.

Pendirian Abdul Hadi yang tidak menentu ini dengan kata-katanya yang terdahulu tidak dapat disamakan dengan kata-katanya sekarang telah menyebabkan orang Cina merasai sangsi adakah mereka boleh mempercayainya walaupun beliau menyatakan “saya berkata benar”.

Bagaimanapun, berdasarkan sedikit analisis, terdapat kemungkinan Abdul Hadi tidak bercakap bohong lagi kali ini, berikutan puak profesional dan liberal telah menguasai pucuk kepimpinan Pas. Jika beliau bertindak seorang diri, ia seperti menepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.

Kecuali puak konservatif Pas dapat merampas kembali pucuk kepimpinan parti itu, perjuangan untuk menubuhkan negara Islam hanya boleh dicakap untuk menyeronokkan hati sahaja kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]