Friday, June 17, 2011

KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.


Maklumat pertahanan dilindungi

KUALA LUMPUR 16 Jun - Kementerian Pertahanan yakin dapat melindungi segala maklumat yang menjadi rahsia pertahanan negara daripada diceroboh oleh penggodam siber.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak kementerian mempunyai sistem keselamatan yang rapi untuk melindungi segala maklumat daripada digodam.

"Kami telah menggariskan beberapa peraturan untuk menjaga keselamatan maklumat daripada diketahui atau dijual kepada musuh dan sistem kerahsiaan ini seperti yang diberitahu oleh bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin perlulah dipelihara oleh setiap warga kementerian.

"Saya tidak menafikan kadangkala berlaku kebocoran maklumat tetapi setakat ini kami berjaya mengatasinya dengan mengambil tindakan segera," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyerahan borang menyertai Askar Wataniah oleh selebriti terkenal tanah air di sini hari ini.

Mengenai idea pembentukan negara berkebajikan Pas, Ahmad Zahid berkata, setiap pihak mempunyai pandangan tersendiri.

"Saya sendiri berpendapat bahawa Pas perlu mengekalkan perjuangan mereka yang terdahulu iaitu negara Islam kerana ia merupakan antara asas penubuhan parti itu, bukannya negara berkebajikan.

"Negara berkebajikan telah lama dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka sehinggalah sekarang. Pas terlambat menyedari tentang perkara ini," jelasnya./td>

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]