MUHYIDDIN menyampaiakan ucapan pada Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Beaufort, semalam.
Perhimpunan mahu tumbang BN
Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my
2011/06/19
Penganjur cuba pengaruhi rakyat: MuhyiddinBEAUFORT: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mendedahkan perhimpunan besar-besaran anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu negara, Kota Kinabalu dan Kuching pada 9 Julai ini bukan bertujuan menuntut kononnya pilihan raya bersih di negara ini, sebaliknya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).Timbalan Perdana Menteri berkata, BERSIH sebagai penganjur dengan disokong pakatan pembangkang cuba memulakan momentum mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan BN untuk dibawa hingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, bertujuan meracuni minda rakyat supaya terus membenci BN.Katanya, perhimpunan seumpama itu dirancang tanpa mempedulikan kesannya daripada aspek ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat pelbagai agama serta kaum.
Dengan menyifatkan Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan sebagai pemimpin organisasi yang tidak sunyi daripada menimbulkan kekeruhan hubungan agama dan kaum, Muhyiddin berkata, Ambiga ketika memimpin Majlis Peguam sebelum ini, pernah melukakan hati masyarakat Islam di negara ini berikutan pelbagai isu dibangkitkannya.
“Kenapa BERSIH tidak pernah membangkitkan kemenangan pembangkang di empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada PRU Ke-12? Kenapa di negeri yang pembangkang kalah, BERSIH tidak mahu kemukakan petisyen di mahkamah?
“Saya nampak perhimpunan itu bukan untuk menuntut kononnya pilihan raya bersih. Kalau pilihan raya menjadi agenda mereka, mengapa perlu berarak di jalan raya? Saya nampak pembangkang hendak mengekalkan momentum supaya rakyat membenci BN semata-mata untuk menawan Putrajaya pada PRU Ke-13,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan tidak terpedaya dengan permainan politik pembangkang yang berselindung di sebalik program dirancang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya pilihan raya di negara ini dibelenggu rasuah dan ketidakadilan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beaufort, di Dewan Masyarakat Beaufort, di sini. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin; Timbalan Ketua UMNO bahagian, Isnin Aliasnih dan beberapa pemimpin UMNO bahagian yang lain di Sabah.
Mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan berkenaan akan turut mengadakan perhimpunan disertai pemimpin dan ahli Pemuda UMNO pada hari sama untuk membantah perhimpunan BERSIH, Muhyiddin berkata, ia adalah antara suara rakyat yang sudah muak dengan perhimpunan seumpama itu dan permainan politik kotor pembangkang
No comments:
Post a Comment