Friday, June 3, 2011

NAMPAKNYA ADA PERSAMAAN DENGAN UMNO.....

Pas perlu juarai ketuanan Melayu, Islam

SHAH ALAM 2 Jun - Pas perlu mengambil pendekatan memperjuangkan isu-isu berkaitan ketuanan Melayu dan Islam sekiranya berhasrat mengetuai kerajaan pada masa depan sungguhpun sekutu politik mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP enggan mengiktiraf perjuangan itu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Mior Hassan Sazali Mior Hajjar berkata, ini kerana sentimen ketuanan Melayu dan Islam adalah dekat di kalangan pengundi muda daripada kaum itu yang menjadi kumpulan sasaran Pas.

Katanya, sentimen itu sangat dirasai di kalangan kira-kira empat juta belia yang masih belum berdaftar sebagai pengundi khususnya daripada golongan profesional Melayu.

"Walaupun mereka ada kesedaran berpolitik, tetapi mereka lebih terkesan dengan sentimen ketuanan Melayu Islam.

"Ramai di kalangan mereka yang masih kurang faham dengan pakatan pembangkang dan di mana peranan kita sebagai Pemuda Pas dalam menangani isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Dewan Pemuda Pas Perlis membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Tambahnya, Pas dilihat terkebelakang dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam sejak akhir-akhir ini berbanding Pergerakan Pemuda UMNO sedangkan perkara itu perlu menjadi keutamaan parti tersebut.

"Seperti isu kalimah Allah, pimpinan kita dilihat bercanggah pandangan sedangkan isu itu penting untuk menarik pengundi kalangan Melayu Islam kerana mereka adalah sasaran kita," tegasnyae

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]