Friday, June 3, 2011

SIAPAKAH CALON IDAMAN DATUK NIK AJIS?

Put your stuff here
Mursyidul Am Pas akui ada pilihan sendiri bagi jawatan TP dan NP

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa beliau mempunyai calon pilihan tersendiri bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Pas.

Begitu pun Nik Abdul Aziz berkata, adalah tidak wajar untuk beliau menamakan calon-calon pilihannya itu.

"Sudah tentu saya ada pilihan sendiri, tapi tak kan saya mahu beritahu orang lain pula," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) Ke-51, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan pernah membuat kenyataan memberikan sokongan padu kepada calon Naib Presiden pada pemilihan Pas kali ini iaitu Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Menurut Nik Abdul Aziz, kepimpinan Pas Pusat memerlukan suntikan pengalaman serta kemahiran pentadbiran Pas Kelantan yang mampu disumbangkan oleh kedua pemimpin dari negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz sekali lagi menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas ialah untuk menentang orang Melayu yang menolak kepada ajaran Islam iaitu UMNO.

"Kita harap rakyat boleh terima," katanya.

Berhubung peluang kepada muslimat Pas untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu akan ditentukan oleh mesyuarat jawatankuasa apabila tiba masanya nanti.

Begitu pun kata beliau, muslimat Pas akan diberi lebih peluang dan dipilih berdasarkan bakat, penampilan diri dan bergiat aktif dalam parti.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]