Friday, June 3, 2011

PRU 13, PAS BERALIH KEPADA MUSLIMAT.....?


Put your stuff here
Kekalahan yang dialami Pas pada beberapa pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini seharusnya menjadi iktibar kepada parti itu bahawa tiada jalan pintas untuk memenangi sesuatu perjuangan.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Salleh berkata, kekalahan itu sepatutnya memberi pengajaran kepada parti itu termasuk muslimat Pas untuk terus berjuang bersungguh-sungguh dalam menerapkan agenda perjuangan Pas dalam kalangan pengundi.

"Mana mungkin pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan Pas dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya lapan ke 10 hari berkempen?

"Kalaulah setakat beramai-ramai memenuhi markas-markas dan bilik-bilik gerakan Pas tetapi tidak pergi menemui para pengundi, hanya berbekalkan poster dan kibaran bendera, janganlah diimpikan kemenangan akan datang bergolek," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama pada Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) ke-51, di sini hari ini. Ia dirasmikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nuridah berkata, Pas tidak boleh terus membiarkan para pengundi langsung tidak mengenali dan memahami perjuangan parti tersebut.

Sebaliknya jelas beliau, para perwakilan termasuk anggota Muslimat perlu melipat gandakan usaha untuk memenangi hati pengundi sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]