Friday, June 3, 2011

SOKONGAN ORANG MELAYU KEPADA PAS AKAN KEMBALI JIKA......

e
Pas perlu bincang isu video seks Anwar

PPUBJ : Berani kerana benar.................Takut kerana dikejar Hantu...he...

KUALA LUMPUR 2 Jun - Majlis tertinggi Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul untuk membahaskan isu penyebaran video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada muktamar parti itu yang ke-57 esok.

Usul tersebut diutarakan oleh perwakilan dari Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan disokong oleh perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah.

Nik Razi ketika membentangkan usul itu berkata, perkara tersebut wajar diperbincangkan memandangkan isu berkaitan penyebaran video seks di negara ini semakin menjadi-jadi.

Katanya, perlakuan tersebut (penyebaran video seks) hanya merosakkan minda masyarakat Islam dan menyifatkannya sebagai gejala negatif serta tidak sihat.

"Kami berharap isu ini dapat diperbincangkan. Peranan golongan ulama serta yang arif tentang agama perlu bagi mengatasi masalah ini dan saya juga ingin tekankan di sini bahawa kita sebagai ulama tidak boleh lari daripada kecanggihan teknologi.

"Selain isu penyebaran video seks yang dkaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu yang perlu diberi perhatian pada muktamar kali ini adalah perbuatan fitnah yang semakin berleluasa.

''Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian dan wajar dibincangkan pada muktamar pada kali ini kerana khuatir akan memberi kesan kepada masyarakat Islam dan juga negara," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]