Friday, June 3, 2011

PAS HANYA BERKOKOK DI SEMENANJUNG SAHAJA

Pemuda kecewa pimpinan Pas abaikan Sabah, Sarawak

PPUBJ: Ini menggambarkan PAS hanya akan beri tumpuan kepada kawasan yang boleh di menanginya sahaja....Bagi Sabah dan Sarawak pula sikap mereka sebaliknya......Bila lagi nak bubar.....

SHAH ALAM 2 Jun – Perwakilan Dewan Pemuda Pas Sabah dan Sarawak menyatakan rasa kecewa mereka kepada kepimpinan parti kerana kurang memberikan tumpuan kepada kedua-dua negeri di Malaysia Timur itu.

Sedangkan menurut mereka, hasrat Pas untuk mencapai cita-cita mereka menguasai Putrajaya hanya ibarat mimpi sekiranya parti itu gagal melebarkan pengaruh di kedua-dua negeri itu.

Wakil Dewan Pemuda Pas Sarawak, Wan Husni Wan Osman mendedahkan sebenarnya jentera parti itu tidak membuat persediaan secukupnya dalam menghadapi pilihan raya negeri April lalu yang menyaksikan ia kalah di kelima-lima kerusi yang ditandingi Pas.

“Sedangkan kita sudah tahu bila pilihan raya akan diadakan tetapi sedihnya kita lemah dalam membuat keputusan dalam isu penting dalam pembahagian kerusi, isu calon.

“Hanya dua hari sebelum pilihan raya baru kita dapat putuskan kawasan yang akan ditandingi dan senarai nama calon,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas ke-52 di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan Pas mengalami penurunan sokongan di kalangan pengundi Melayu di kerusi-kerusi ditandingi seperti di Sadong Jaya, Beting Maro, Muara Tuang dan Sibuyau.

“Dalam pilihan raya Pas tidak menjadi pilihan pengundi bagi membolehkan perubahan dilakukan tetapi DAP telah jauh meninggalkan kita,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]