Friday, June 3, 2011

PAS MELAKA DI PINGGIRKAN OLEH KEPIMPINAN PAS ?

Put your stuff here
Afiq Hizami, Pelatih UKM

SHAH ALAM, 3 Jun: Pewakilan Dewan Pemuda Negeri Melaka, Sarawak dan Sabah melaungkan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat supaya tidak meminggirkan mereka disebabkan dengan kurangnya pengaruh PAS di kawasan tersebut.

Bercakap di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Shah Alam semalam, pewakilan pemuda dari Melaka Ustaz Syahbudin Senin menegaskan supaya pihak Pemuda PAS pusat tidak memandang sepi terhadap dewan perwakilan itu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah menjelaskan sekiranya PAS ingin menawan Putrajaya perlulah bermula dari Melaka terlebih dahulu.

"Buktinya kita akan lihat, apabila PAS dapat menguasai Kelantan dengan majoriti yang tinggi, maka sekiranya PAS dapat menguasai satu Dewan Undangan Negeri di Melaka, pastinya akan dapat menawan Putrajaya," jelas beliau dengan memberi gambaran analoginya sewaktu sesi perbahasan ucapan ketua pemuda.

Bercakap pada sidang dewan yang sama, perwakilan Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak Wan Husni Wan Osman menyokong ucapan daripada perwakilan Melaka.

Beliau juga wakil pemuda PAS kawasan Miri menjelaskan walaupun pilihan raya Sarawak baru sahaja melabuhkan tirainya namun ianya perlulah diteliti dengan munasabah untuk dikaji puncanya.

Beliau juga menyifatkan PAS tidak bersedia dalam pilihan raya Sarawak, walaupun hanya bertanding dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi kalah kesemuanya.

"Kami berasa begitu sedih keadaan yang berlaku ini, banyak isu yang perlu kita teliti semula seperti isu kerusi dan calon yang dilihat sangat lemah dalam pengurusan kita.

"Perlu juga dilihat dari segi geografi Sarawak yang berbeza ianya menyukarkan kita untuk mengerakkan kerja sebagai contohnya di Miri yang sebesar negeri Pahang.

"Justeru itu, untuk menawan Putrajaya ini persedian pilihan raya parlimen akan datang kita perlu rampas kerusi parlimen di Sarawak dan perlu mengadakan pelan bertindak khusus untuk negeri Sarawak sempena PRU 13 ini dan satu lajnah perlu ditubuh untuk menjaga Sabah dan Sarawak. Ini perlu dijaga baik agar tidak terputus maklumat dari pusat," katanya

Formula 3M

Sementara itu, Firdaus Fuad setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut menyokong ucapan daripada pewakilan Sarawak.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa pada muktamar kali ini kerana Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam agenda dewan pemuda kali 52 ini.

"Usah bermimpi untuk menawan Putrajaya kerana di Sabah sahaja ada 25 parlimen sekiranya pemuda gagal membuka ruang yang cukup luas di Sabah, mimpi untuk menawan Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Apa yang lebih malang pada muktamar pemuda kali ini bagi pewakilan dari Sabah apabila sudah dua tahun perwakilan itu memiliki ketua Pemuda yang baru namun tiada disertakan gambar di dalam buku perwakilan tersebut.

Namun begitu, bukan pekara itu yang hendak dibawa oleh beliau dalam muktamar kali ini, hanya sekadar luahan sendaan dalam dewan tersebut.

Dalam membahaskan isu yang sebenar untuk menawan Putrajaya beliau mahu pemuda PAS melancarkan operasi 3M iaitu mengesan, mengumpul dan meraih pemuda-pemuda dari Sabah ini.

"Kita perlu guna 3M ini untuk mencari anak-anak Sarawak dan Sabah yang berada di Semenanjung ini dan diberikan pendekatan tarbiah pendedahan mengenai parti," katanya.

Beliau juga turut berasa sedih dengan isu berkaitan anak muda Sabah yang dilakukan oleh pihak Umno.

"Mereka biarkan anak Sabah dalam kejahilan dengan tidak mengadakan satu pun pusat pengajian Islam dan undang-undang melalui kejahilan inilah banyak tanah-tanah rakyat pribumi Sabah tergadai," tegas beliau.

Justeru itu, beliau mengesa supaya ditubuhkan satu intitusi pengajian awam mengenai agama dan undang-undang di peringkat tertinggi.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]