Monday, June 13, 2011

PEMANTAPAN UNIT CYBER - ADAKAH KEGAGALAN UMB- satu analisis.....



Kenyataan Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengenai perlunya Unit Cyber BN di mantapkan sebagai satu saluran komunikasi dengan rakyat dan pengundi perlu di ambil perhatian serius.

Sudah pasti disebalik teguran itu, tersirat apa yang beliau rasakan perlunya di buat peningkatan dari segi aplikasi dan tindakan. Semua tahun Unit Cyber di letakan di bawah UMB - Pemuda UMNO. Atau lebih dekat lagi penyelarasnya adalah Tun Faisal.

Mengikut Naib Presiden UMNO itu, ini perlu dilakukan berikutan kegagalan

unit itu tidak memberikan perincian


dan penghayatan kepada sesuatu isu


sehingga gagal menyampaikan


maklumat kepada kumpulan sasar.





"Unit berkenaan sering kalah dalam 


menjawab isu-isu yang dibangkitkan


oleh pembangkang dalam media baru


berbanding unit siber pembangkang.



"Unit siber pembangkang mengumpul


dan mengupas isu mengikut tafsiran


masing-masing yang kebanyakannya




menjurus ke arah membelasah




kerajaan," katanya.





Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas amat penting bagi menarik rakyat, terutama golongan muda dan 'pengundi atas pagar' daripada terjebak dalam dakyah parti pembangkang.





Suhubungan dengan itu, maklumat yang sedemikian datangnya dari pihak yang berautoriti sama ada menteri berkenaan atau pun kementeriannya. Dalam hal ini, persoalannya adakah unit cyber gagal memperolehi maklumat atau pun kelemahan unit ini sendiri. Atau pun menteri berkenaan yang gagal memberikan penjelasan terperinci? 





Tidak dinafikan bahawa antara senjata psywar pembangkang adalah unit cyber ini. Tidak dinafikan kerana mereka mendahului kita dari segi perlaksanaannya. Kata seorang rakan cyber, mereka dah masuk universiti kita masih berada di tadika. 





Malah YAB Presiden UMNO ini ada membuat teguran mengenai kelalaian kita semua dalam menterjemahkan teknologi ini sewaktu PRU 12 2008 yang menyebabkan kita kehilangan 5 buah negeri dan majoriti 2/3 di dewan rakyat. Malangnya tidak ramai yang sedar akan kehebatan teknologi ini dalam mempengaruhi generasi muda.





Malah masih terdapat ramai Ketua UMNO Bahagian dan juga sebahagian besar YB yang masih "buta IT". Ada sahaja alasan yang diberikan apabila sedikit peruntukan diminta untuk membiayai kos unit ini. Pemikiran lama Ketua UMNO Bahagian ini jelas menyebabkan pengendali-pengendali unit cyber ini berjauh hati. Lebih malang lagi mereka mula menyerang UMNO dan juga kepimpinan UMNO.(Pengalaman penulis sendiri)


Unit Cyber bukan sahaja digunakan dalam soal menjawab tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh pembangkang malah kegunaannya dalam politik begitu luas sekali. Malah face book sendiri dari soal hubungan sosial kini telah digunakan oleh Obama dalam kempen politiknya.


Tidak ramai yang sedar, Perdana Menteri YAB Datu Seri Najib sendiri begitu komited dalam soal komunikasi dengan rakyat...khususnya golongan muda....Beliau telah gunakan apa jua kaedah agar segala pemasalahan rakyat dapat beliau ikuti dengan lebih dekat lagi.


Berbalik semula kepada UMB....yang ditugaskan untuk menjadi pengendali unit cyber ini. Berjaya atau gagal nya UMB ini adalah bergantung kepada komitmen , dedikasi, inovasi Ketua dan juga AJKnya.....Sebelum ini ada kedengaran sewaktu pilihanraya kecil Merlimau 2011 - pergeseran unit ini dengan PMM - Pahlawan Maya Melaka. Begitu juga sebelum ini.... Moga ini jadi pengajaran kepada kita semua....dalam menghadapi PRU 13.




No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]