Friday, June 17, 2011

PEMBANGKANG PUTAR BELITKAN ETP DAN MBE...

Put your stuff here
Nafi utama ETP, abai MBE
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Norakmah Mat Yeob dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2011/06/17


Kerajaan sangkal tuduhan pembangkang, wujud 6 makmal SRI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan hanya aktif untuk menggerakkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berasaskan pelaburan, tetapi tidak begitu aktif untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE).
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, laporan MBE bahagian akhir iaitu langkah dasar strategik memberi maklumat lebih luas dan terperinci mengenai langkah dasar di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

Beliau berkata, bagi membincangkan pelan tindakan SRI serta tindakan terperinci untuk mencapai matlamat MBE, Majlis Perundingan Ekonomi Negara (NEAC) dengan kerjasama PEMANDU mengadakan makmal SRI selama enam minggu bermula 21 Februari lalu.

“Daripada 51 langkah dasar dalam MBE, sebanyak 37 (langkah) dibincangkan dalam enam makmal SRI. Makmal ini kemudian dibahagikan kepada beberapa makmal yang kecil untuk menterjemah langkah dasar serta inisiatif yang dirancang dalam MBE kepada langkah pelaksanaan terperinci dan realisitik,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sidang Parlimen, semalam.

Nurul Izzah dalam soalannya meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai dakwaan laporan Bank Dunia berjudul Malaysia Economic Monitor: Brain Drain bahawa kerajaan aktif untuk menggerakkan ETP berasaskan pelaburan, tetapi tidak begitu giat melaksanakan MBE yang bertujuan menyelesaikan kebuntuan struktur ekonomi.

Selain penubuhan enam makmal SRI, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Dunia sedang menjalankan kajian mengenai kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan dalam sektor awam.
“Ia bertujuan meningkatkan kawalan fiskal ke atas perbelanjaan sektor awam supaya (perbelanjaan) yang dibuat benar berfaedah dan memberi nilai wang sebenar serta mengurangkan ketirisan, selain memberi manfaat kepada rakyat,” katany

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]