Tuesday, June 7, 2011

PEMIMPIN PAS "MEROYAN" NAK DUDUKI PUTRAJAYA

Pemilihan Pas ambil pertimbangan pilihan raya

ASTANA, Kazakhstan 6 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan parti Pas baru-baru ini banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya.

Apa yang berlaku, katanya, jelas mencerminkan perjuangan Pas tidak lagi untuk membangunkan sebuah negara Islam ataupun untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Najib diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan Pas dalam sidang akhbarnya di Rixos Hotel di sini hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan selepas Najib mengadakan pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Massimov dan Presiden negara itu, Nursultan Nazarbayev di Presidential Palace di sini.

Najib dalam rangka lawatan dua harinya ke Kazakhstan bermula hari ini. Beliau juga turut menghadiri dan menyampaikan ucaputama pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ketujuh pada Rabu ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ada dua faktor berhubung pemilihan parti Pas itu.

"Pertama, mereka telah uar-uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada bulan Julai dan banyak perwakilan Pas dalam kepala mereka, mereka lihat pada soal pilihan raya.

"Jadi ini menguntungkan pihak yang ingin ambil alih kuasa dalam Pas," katanya.

Kedua, kata Najib, perubahan slogan 'tagline' bukan lagi mewujudkan negara Islam tapi sebuah negara kebajikan.

Dalam hal ini, kata Perdana Menteri, sebenarnya negara kebajikan itu telah lama diperjuangkan oleh UMNO dan kerajaan selama ini.

"Ini bukan satu perkara baharu, cuma sejak kebelakangan ini sahaja (negara kebajikan) tapi apa yang kita buat dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan sebagainya, ini semua adalah ciri-ciri negara kebajikan," katanya. - UTUSAN

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]