Tuesday, June 7, 2011

DAP KINI BERTUKAR JADI "FRANCIS LIGHT"

Put your stuff here
Agenda memporak-peranda institusi Islam?

BUKIT MERTAJAM 6 Jun - Pelbagai pihak membantah 'pilihan raya masjid' di Pulau Pinang pertengahan bulan ini yang disifatkan sebagai agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam.

Sambil mempersoalkan motif pilihan raya itu, pemimpin politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menegaskan, jawatankuasa masjid tidak wajar diheret ke kancah politik kepartian yang hanya akan mengakibatkan perpecahan di kalangan anak-anak kariah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir percaya pilihan raya itu sengaja mahu diadakan demi kepentingan pihak tertentu yang mahu melaga-lagakan kepimpinan kariah masjid di negeri ini.

Malah katanya, kaedah pelaksanaan pilihan raya itu sendiri tidak jelas dan mengelirukan sehingga boleh menimbulkan suasana kucar-kacir ketika hari pengundian.

"Bagaimana pengundian mahu diadakan sedangkan tiada senarai rasmi daftar pemilih di kalangan kariah. Siapa yang layak mengundi? Di masjid mana seseorang kariah itu boleh mengundi? Semua persoalan ini masih kabur kerana di setiap kawasan terdapat dua hingga tiga masjid.

"Malah, saya bimbang semua ketidaktentuan ini akan menyebabkan kariah berbalah sesama sendiri. Kita perlu berwaspada kerana ada pihak yang mahu melihat umat Islam bertelagah antara satu sama lain," katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengadakan pilihan raya bagi jawatankuasa masjid mulai tahun ini iaitu perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali pula berpendapat, masjid tidak sewajarnya dijadikan bahan eksperimen untuk mengukur sejauhmana sokongan anak kariah terhadap parti-parti politik tertentu.

Malah katanya, kaedah pilihan raya secara jelas meminggirkan konsep musyawarah yang menjadi amalan dalam kebanyakan institusi Islam seperti masjid selama ini.

"Islam dan politik tidak boleh dipisahkan tetapi jangan kita guna politik untuk merosakkan Islam dengan memecah-belahkan umat. Ini sangat mengejutkan kerana kita tidak nampak proses ini akan membawa perpaduan kepada kariah.

"Sistem pelaksanaannya juga tidak jelas dan lemah sehingga tidak memungkinkan ia memberi keadilan kepada anak-anak kariah malah membawa kepada budaya caci-mencaci dan mencari keburukan sesama kariah. Keadilan beginikah yang kita mahu?" soalnya.

Pengerusi Kariah Masjid Jamiul Badawi Kepala Batas, Datuk Arshad Zakaria pula bimbang kaedah pemilihan tersebut bakal menimbulkan perpecahan serius apabila setiap calon membentuk kem masing-masing sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram dalam jawatankuasa masjid.

Katanya, sebelum ini pemilihan dibuat berdasarkan konsep musyawarah apabila wakil di setiap surau membuat cadangan pemilihan calon masing-masing tanpa mengira fahaman politik.

"Sebab itu sebelum ini kita boleh lihat jawatankuasa tanpa mengira fahaman politik boleh duduk bersama dan mengharmonikan masjid. Saya bimbang kaedah pilihan raya akan melenyapkan suasana begini apabila semua ada kem masing-masing dan berbalah semata-mata untuk menang," jelasnya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]