: KICKDEFELLA - EXCO KANAN - NAIB PRESIDEN PRO-ULAMA OR PRO-ANWAR 1. KICKDIFELLA bukanlah asing kepada penulis, kerana penulis sendiri pernah berjumpa dan bekerjasama dengan beliau dalam usaha meletakkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini berada di kedudukan yang terbaik. Rujukan, Pada 18 Mei 2010 penulis sendiri telah menemuramah beliau, dan penulis memberi kesimpulan begini,http://jentayuabaka.blogspot.com/2010/05/kickdefella-seorang-yang-jujur.html 2. Apa pun, semalam selepas beberapa blogger menulis mengenai sejumlah wang yang sangat besar diterima oleh beliau, katanya dari Exco Kanan Kelantan, ia amatlah memeranjatkan. Exco anan Kelantan tersebut, yang dikaitkan sebagai ketua team Erdogan, atau team Pas Pro-Anwar, menafika perkara tersebut. RM350,000.00 itu sangat besar. Jika wang tersebut penulis bawa ke Parlimen Kalabakan atau di DUN Merotai,Sabah penulis boleh menaiktaraf Madrasah Nurul Iman Bombalai dan membesarkan jalan masuk ke Madrasah di Sungai Imam, serta menaiktraf parking Masjid Babut Taqwa di Sungai Imam, Bombalai. Tetapi wang itu diberikan kepada blogger. 3. Menariknya, bahasa Presiden PAS ialah, "parti itu mengalu-alukan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas kes berkenaan demi membersihkan parti itu daripada pemimpin yang terlibat rasuah". "Kita tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah SPRM. Mengikut amalan pentadbiran, orang yang hendak bertindak mesti mendapat green light daripada menteri besar dan juga menteri. "Sebab itu menteri besar Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh, yang difitnah, dibuat dengan rasuah kerana kita betul-betul hendak bersih kerajaan kita. "Walaupun exco walaupun menteri besar sekalipun kalau tidak betul, kita pecat. Dalam sejarah PAS (ada) kita pecat. Kita tidak mahu pelihara orang yang ada penyakit ini," katanya dalam satu sidang media di muktamar parti itu di Gombak hari ini. 3. Apakah serangan ini sekali lagi membantukan perjalanan Exco Kanan Kelantan tersebut ke jawatan Naib Presiden, kita tunggu dan lihat kesannnya. Jika pada tahun lalu, isu Erdogan berjaya menewaskan beliau dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden, kali ini serangan sebelum Jumaat nampaknya sangat bertalu-talu. Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 2:50 PMe |
Friday, June 3, 2011
SERANGAN SELEPAS JUMAAT
Label:
MUKTAMAR PAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment