Friday, June 3, 2011

BAGAIMANA MENYATUKAN KERANGKA POLITIK YANG BERBEZA INI ?

Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO - Hadi

03/06/2011 3:51pm

KUALA LUMPUR 3 Jun — Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan menolak sebarang usaha ke arah itu.

Dalam Ucapan Dasar pada Muktamar Pas Ke-57 yang bertajuk “Membangun Negara Berkebajikan” di Taman Melewar di sini Abdul Hadi menegaskan bahawa Pas akan terus bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen polisi bersama pakatan itu.

Beliau berkata, polisi itu melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, satu aspek menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.

Sambil mendakwa sistem demokrasi di negara ini sudah tempang, Abdul Hadi menuduh sikap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin mengekalkan kuasa sebagai punca ia berlaku.

Sungguhpun begitu, katanya, Pas sehingga kini tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi dan bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara tidak bermoral. - Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]