Tuesday, June 7, 2011

SIAPA UNTUNG, SIAPA RUGI JIKA ANUWAR BERSALAH?

Oleh Jamhariah Jaafar
PAS untung besar jika Anwar disabit pertuduhan liwat, seks


2011/06/07
PKR tiada pemimpin pelapis, DAP untuk undi Cina

HAIRAN dan sukar untuk diterima apabila PAS meluluskan usul mengutuk ‘fitnah’ melalui video lucah mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya mendesak supaya Kerajaan Barisan Nasional (BN) mendedahkan kebenaran isu video berkenaan.

Usul yang diluluskan sebulat suara pada akhir Muktamar PAS kelmarin, turut mengutuk tindakan Kerajaan BN yang didakwa membenarkan video berkenaan disiarkan menerusi media massa, tanpa sedikit pun rasa bersalah untuk mencari kebenaran yang sekurang-kurangnya dapat mempertahankan nama baik Ketua Umum PKR itu.

Memang benar Muktamar PAS bukannya pentas untuk membicarakan kelakuan pemimpin parti sahabat, tapi ia membabitkan isu moral seorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri melalui kerjasama parti pembangkang yang turut disertai PAS.

Jika PAS benar-benar ikhlas untuk menegakkan pentadbiran Islam walaupun terpaksa bersekongkol dengan parti yang ‘mati hidup balikpun’ tidak akan menyokong kewujudan sebuah negara Islam, perwakilan parti itu sekurang-kurangnya bertanya:

“Apakah benar pelaku di dalam video terbabit itu Anwar Ibrahim dan sekiranya penyiasatan polis nanti mendapati pelakunya benar-benar Ketua Pembangkang itu... apakah pendirian PAS dalam bersahabat dengan seorang yang telah melakukan dosa besar.”

Memang tidak ada perbincangan mengenai pelaku dalam video berkenaan dalam muktamar tiga hari itu, tapi ini adalah isu politik dan jika video itu didapati tulen – di mana PAS mahu meletakkan muka kerana sejak awal lagi memutuskan bahawa ‘Anwar tidak bersalah’.

Tidak ada seorang pemimpin PAS yang ditemui berani mengatakan video seks terbabit palsu dan pelakunya bukan Anwar, sebaliknya semua mereka berkata ia adalah salah di sisi Islam untuk membuka aib orang sebegitu rupa.

Tapi mereka terlupa kenyataan awal Datuk Shazryl Eskay – orang yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan – bahawa sebagai sahabat beliau tidak lagi tergamak untuk melihat pemimpin besar seperti Anwar meneruskan perlakuan keji seperti itu.

“Enough is enough,” adalah perkataan digunakan Eskay yang tidak lagi sanggup menjadi dalang di belakang perbuatan keji Anwar dan mengambil tindakan ‘berani mati’ itu selepas pulang dari umrah awal tahun ini.

Seorang pemimpin PAS yang ditemui sebelum pemilihan PAS Khamis lalu, berkata Anwar bukanlah faktor utama dalam pakatan pembangkang.

“Pemimpin datang dan pergi, kalau Anwar disabitkan dengan tuduhan liwat atau didapati sah menjadi pelaku dalam video seks itu, pakatan pembangkang masih mempunyai pemimpin Melayu lain yang boleh menggantikan misi untuk menumbangkan BN,” katanya yang turut mengaku PAS akan mengaut faedah lebih besar sekiranya Anwar didapati bersalah.

Justeru, amat menarik jika kita membuat analisis mengenai barisan baru kepemimpinan PAS ini, kerana jika percaturan PAS menjadi akan ada antara pemimpin parti ini akan dilonjakkan untuk mengganti tempat Anwar sebagai pemimpin Melayu utama di kalangan ketiga-tiga pakatan pembangkang - DAP-PAS-PKR.

Sebagai sekutu pakatan pembangkang, rakyat memang tidak boleh berharap untuk PAS mengutuk pemimpin parti sahabat... walau seburuk manapun kelakuan atau selantang mana pun mereka menentang kewujudan sebuah negara Islam, kerana matlamat akhir setiap parti politik ialah untuk mencapai misi mendapat apa dihajati.

Katalah, Anwar didapati bersalah dalam tuduhan liwat yang sedang dalam perbicaraan atau video seks disebarkan hari ini didapati tulen, siapa yang akan mendapat keuntungan dan faedah daripada kejatuhan Ketua Pembangkang ini.

Ini ialah permainan politik yang matlamat menghalalkan cara.

Gandingan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, disokong kuat barisan kepemimpinan baru – Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar – kini dilihat sanggup melakukan apa saja demi impian menawan Putrajaya.

Ketiadaan pemimpin ulama atau kumpulan prokerajaan perpaduan dalam barisan baru ini akan memudahkan laluan kumpulan Erdogan untuk menyusun strategi sama dengan DAP dan PKR.

PKR tidak mempunyai pemimpin pelapis berwibawa dan disegani, kerana sesama mereka tidak sehaluan dan tidak segah barisan kepemimpinan PAS.

Justeru, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, PAS mempunyai visi besar untuk mengetuai ‘serangan’ pakatan pembangkang di negeri majoriti Melayu, manakala DAP bersekongkol untuk meneruskan penguasaan di kawasan majoriti Cina.

Anwar bukan lagi faktor penting untuk PAS, malahan jika Ahli Parlimen Permatang Pauh ini didapati bersalah, keuntungan besar akan menunggu pemimpin PAS terutama Presidennya – Hadi Awang.

Mungkin kerana melihat percaturan itu, Hadi tidak teragak-agak mengubah prinsip PAS bagi disesuaikan dengan suasana persahabatan dengan DAP, yang ketika ini jelas mendapat sokongan pengundi Cina.

Perubahan prinsip parti dari mewujudkan sebuah negara Islam, kepada sekadar menubuhkan negara kebajikan, adalah pengkhianatan paling besar kepada pejuang asal PAS terutama golongan ulama.

Jika ada perwakilan PAS menyifatkan golongan ulama dan mufti dalam UMNO sebagai ‘syaitan bisu’ kerana didakwa gagal bersuara dalam isu video seks Anwar, bagaimana pula dengan tindakan golongan ulama PAS yang gagal menegur tindakan Hadi sewenang-wenangnya mengubah haluan PAS semata-mata untuk menyenangkan hati DAP yang pernah melaungkan: “Langkah mayat aku dulu sebelum menubuhkan negara Islam.”
e

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]