Sunday, June 5, 2011

TUAN IBRAHIM JADI "KAMBING HITAM" DAP & PKR ?

'Bukan pengkhianatan' - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Pas kali ini bukanlah satu pengkhianatan.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan itu kerana tidak mahu mengecewakan banyak kawasan Pas yang telah mencalonkannya pada pemilihan kali ini.

"Apabila terima pencalonan besar daripada kawasan dan kita tidak terima, itu juga boleh dikatakan satu pengkhianatan dan kalau dicalonkan kawasan, kita harus terima," katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim diminta mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa penyertaannya bagi merebut kerusi Timbalan Presiden telah menyebabkan undi kepada calon ulama berpecah.

Ia memandangkan turut sama bertanding ialah Nasharudin Mat Isa yang mempertahankan jawatan berkenaan.

Perpecahan undi yang berlaku telah menyebabkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu memenangi kerusi Timbalan Presiden selepas memperolehi 420 undi.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]