Sunday, June 5, 2011

PAS MEMANG BUKAN PARTI ISLAM?

< Pas kini bukan lagi parti Islam - Ibrahim KUALA LUMPUR 4 Jun - Ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang langsung tidak menyebut perjuangan membentuk negara Islam membuktikan Pas kini tersungkur dan menyembah DAP. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perubahan 360 darjah itu membuktikan Pas kini bukan lagi sebuah parti Islam sebaliknya sebuah parti yang mengejar kuasa demi kepentingan dunia. "Abdul Hadi tidak sebut soal negara Islam kerana takut kepada pemimpin DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Presiden Pas lebih nak jaga hati DAP. Ia satu tragedi dalam sejarah yang mana Pas kini tersungkur dan menyembah DAP. "Namun, kuasa yang dikejar hanya menguntungkan DAP. Nyata politik Pas kini ibarat menang sorak kampung tergadai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian mengulas ucapan dasar Abdul Hadi pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam yang langsung tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam dan pembentukan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya. Sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan. Dalam pada itu, Ibrahim menyifatkan janji Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berkebajikan sebagai kisah angan-angan Mat Jenin semata-mata. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ini kerana masalah bekalan air di Kelantan masih lagi tidak dapat diselesaikan walaupun Pas memerintah Kelantan sejak 1990. "Apa yang Pas mampu buat? Kelantan sudah 20 tahun diperintah oleh mereka namun rakyat masih lagi minum air berkarat dan berhijrah mencari kerja dan berniaga di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). "Layakkah mereka untuk mentadbir negara sedangkan kebajikan negeri pun terabai," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]