Sunday, June 5, 2011

MENGAPA NIZAR DAN IDRIS DITOLAK OLEH PERWAKILAN?

Nizar, Idris terima kekalahan

KUALA LUMPUR 4 Jun – Dua calon yang baru pertama kali mencuba nasib bertanding Naib Presiden, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (gambar) dan Idris Ahmad akur dan menerima dengan hati terbuka kekalahan masing-masing.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen seorang lagi calon Naib Presiden yang kalah, Datuk Mohd. Amar Abdullah gagal, malah cubaan menghubunginya melalui telefon juga tidak dijawab.

Menurut Mohamad Nizar, ia bukan mengenai soal menang atau kalah tetapi apa yang lebih penting, barisan kepimpinan yang baru dipilih hari ini, dilihat sebagai barisan terbaik untuk menawan Putrajaya.

“Saya bukan sesiapa jadi saya tidak kecewa. Apa yang penting keputusan perwakilan hari ini adalah kombinasi kepercayaan dan keyakinan bagi memperkukuhkan pakatan pembangkang.

“Saya cuma komponen, ia bukan soal menang atau kalah. Ia tentang siapa yang mampu menawarkan sesuatu yang terbaik untuk membawa kita (pembangkang) ke Putrajaya,” katanya.

Sementara itu Idris pula berkata, beliau menghormati keputusan perwakilan kerana percaya mereka telah membuat keputusan dengan penuh kematangan.

Jelasnya, soal kekalahan calon dari latar belakang ulama juga tidak timbul kerana Pas masih lagi mempunyai Majlis Syura Ulama yang berfungsi untuk menentukan dasar parti secara kolektif.

“Kemenangan semua calon dari latar belakang profesional ini bukan suatu yang mengejutkan kerana tidak kira dari golongan mana, yang penting semua berusaha untuk memajukan parti,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]