Sunday, June 5, 2011

UMPAN "AL-JUB"MAT SABU KENA MANGSA.....


Mat Sabu tidak mahu serang Anwar lagi

PPUBJ : Suatu masa gelaran "Al-Jub" tidak pernah lekang dari mulut Mat Sabu ketika ceramah, kini dia buat sumpah pula, boleh percaya ke...ahli politik begini?

KUALA LUMPUR 4 Jun - Ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhempas-pulas menafikan kepimpinan baru parti itu yang digelar kumpulan bukan ulama menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu yang baru diangkat sebagai Timbalan Presiden pula memberi isyarat berbeza.

Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai aktivis lantang dalam parti, secara rasmi mengangkat bendera putih apabila mengumumkan, beliau tidak mahu lagi menyerang ketua pembangkang itu, sebagaimana pernah dilakukan semasa Anwar dalam UMNO.

Mohamad yang dilabelkan sebagai salah seorang kumpulan penyokong Anwar dalam barisan kepimpinan baru Pas berkata, isu beliau menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai 'Al-Juburi' pada 1990-an, tidak lagi timbul dalam senario sekarang.

"Saya serang Anwar sejak beliau menyertai UMNO pada 1982 hinggalah beliau dipecat daripada UMNO, bila beliau tidak lagi berada dan memegang jawatan dalam parti itu, kenapa pula kita hendak menghentamnya?

"Sesiapa saja di dalam UMNO saya akan serang habis-habisan, macam Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekarang kita tak serang kerana beliau bukan lagi mempunyai kuasa eksekutif," katanya ketika ditemui selepas diumum sebagai Timbalan Presiden baru di Markas Tarbiyah Pas, Taman Melewar, di sini hari ini./td>

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]