Friday, July 22, 2011

KERAJAAN BN TERUS PERIHATIN KEPADA RAKYAT

Sebanyak RM18 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur kewangan (PIAS) bagi tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, sebanyak 474 projek sedang dan akan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 281 projek telah siap dilaksanakan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM11.5 juta.
"Sebanyak 193 projek lagi dengan peruntukan sebanyak RM7.4 juta pula sedang dilaksanakan dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, mengikut pecahan, Jasin mempunyai 237 projek dengan peruntukan RM9.8 juta, Alor Gajah sebanyak 112 projek bernilai RM4.3 juta dan Melaka Tengah dengan 112 projek menerusi peruntukan RM4.7 juta.
Beliau menegaskan projek yang diluluskan adalah berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan yang mendesak.
Perumal berkata, bagi projek PIA, skopnya meliputi penyelenggaraan dan menaik taraf bagi kerja-kerja seperti mengecat bangunan, lantai, dinding, saluran air hujan, tandas, sistem paip air, pendawaian semula elektrik dan sebagainya.
"Bagi projek PIAS pula, peruntukan khas ini digunakan untuk membina baru, membaiki, menyelenggara dan menaiktaraf projek-projek infrastruktur asas kegunaan orang awam," katanya.
Menurut beliau, antara skop kerja yang dilaksanakan adalah membina titi, jambatan kecil, parit, longkang, jalan kampung, jalan pertanian dan bangunan komuniti kecil.
Ujarnya, antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat menerusi peruntukan tersebut adalah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap dan Durian Tunggal.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]