Friday, July 22, 2011

PELUANG PEKERJAAN DI MELAKA


5,000 peluang kerja di Karnival Kerjaya Pemuda BN di Melaka

Nazir Hussin Akhtar Hussin (kiri) menyerahkan jadual karnival kepada Mohd. Ali Rustam pada sidang akhbar mengenai Karnival Kerjaya Pemuda BN di Melaka, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 21 Julai - Mereka yang mencari pekerjaan dijemput ke Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh mulai esok (Jumaat) hingga Ahad ini.
Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, melalui program tersebut, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan dengan 300 daripadanya adalah jawatan jurutera.
"Program yang bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada Sabtu ini.
"Peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah terbuka kepada mereka yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga lepasan universiti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nazir Hussin yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, mereka yang berasal dari Negeri Sembilan dan Johor turut dijemput hadir ke program tersebut.
Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada golongan muda yang menyokong program anjuran Pemuda BN itu berikutan jumlah pengunjung yang mengunjungi karnival itu di Kedah dan Pahang sebelum ini, cukup tinggi.
Jelasnya, aktiviti lain yang turut diadakan adalah ceramah kerjaya dan klinik resume bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan.
Para pengunjung, khususnya golongan muda juga dinasihatkan membawa dokumen yang lengkap dan berpakaian sesuai kerana beberapa syarikat akan turut mengadakan temu duga.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]