Tahun ini 2011, merupakan tahun yang ke 54 negara mencapai kemerdekaan. Malah kita juga berbangga dengan pengisytiharan Melaka Negeri Maju pada 10.10.2010 jam 10..Jasin adalah merupakan satu daripada 3 daerah yang terdapat di Melaka. Setelah 54 tahun merdeka , ternyata bahawa agak ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan Bukit Katil dalam daerah Melaka Tengah. Entah mengapa tahun-demi tahun Jasin terus begitu. Alasan yang diberikan adalah Jasin sebagai kawasan tadahan untuk bekalkan air kepada lain-lain daerah. Adakah alasan ini agak praktikal untuk diterima dan diletakkan pada bahu penduduk Jasin tahun demi tahun> Nak harapkan YB Parlimen dan ADUN, ternyata tinggal satu harapan sahaja. Itu pun masih ada taruh harapan agar terpilih untuk menduduki kerusi tersebut pada PRU 13 nanti. Mungkin dia boleh melobi pemimpin atasan tetapi tidak boleh tipu pengundi dalam parlimen Jasin. Buktinya jelas sejak 1995, undi yang diterima oleh pembangkang ternyata meningkat. Soal adakah penduduk dan pengundi kini tidak lagi mempercayai Ahli Parlimen dan juga ADUN walau pun mereka memenangi kerusi tersebut. Sejak 2008 hingga kini, tidak banyak pembangunan yang dibawa, selain pembinaan UITM di Seri Mendapat,. Itu pun nasib baik Selangor menolak projek tersebut. Begitulah nasib Jasin sebagai kawasan tadahan yang memberikan "Madu untuk orang lain tetapi terpaksa menelan racun yang pahit untuk kawasan sendiri" |
Monday, August 22, 2011
JASIN MASIH LAGI KETINGGALAN?
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment