Sunday, September 11, 2011

SEJARAH TURUT BERJEREBU MACAM CUACA.

Bila Timbalan Presiden PAS Mat Sabu membangkitkan isu komunis adalah pejuang kemerdeka dari persepektif beliau, satu Malaysia dok marah kat beliau kerana isu tersebut. Semua pihak minta beliau minta maaf, tarik balik kenyataan dan ada juga yang membuat laporan polis. Menidakkan pengorbanan PDRM dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Sama juga dengan kesan jerebu yang melanda negara, kualiti udara disesetengah kawasan ada yang tidak sihat malah banyak pula yang sederhana. Daripada bantahan oleh individu tertentu ianya terus merebak ke waris-waris yang masih hidup mahu pun bekas polis. Sudah pasti kemarahan mereka ada relevannya kerana mereka terlibat sendiri secara langsung atau tidak membentras perjuangan dan idealogi kumunis pada waktu itu. Seperti kata pepatah"Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. Setakat ini belum ada tanda-tanda lagi isu ini akan reda malah diwabakkan lagi dengan isu filem Sarjan Hassan pulak. Tamat nak berdebat dengan YAB Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kini muncul pula berdebat dengan ahli sejarah. Minta siaran langsung lagi. Benarlak kata sesetengah pemerhati politik, pembangkang di Malaysia tak kan hidup atau kata singkatnya mati jika tiada isu yang hendak digembar gemburkan. Sudah tentu bila ahli politik yang buat kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi orang nombor 2 Parti Islam SeMalaysia (PAS). Terbaru mereka mempersoalkan pula kenyataan Datuk Prof Zainal Kling. Bila ahli akademik bertembung dengan ahli politik, sudah pasti keadaan jerebu ini semakin melata dibau oleh rakyat. Maka zaman sekarang ini orang lebih takut jerebu minda dari jerebu cuaca.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]