Thursday, January 26, 2012

Melaka bayar pampasan RM7.7 juta ambil alih syarikat bas henti-henti

26/01/2012 4:11pm

MELAKA 26 Jan. - Kerajaan negeri Melaka akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti bermula 1 Februari depan setelah membayar pampasan bernilai RM7.7 juta kepada 10 syarikat bas henti-henti di negeri itu, hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bayaran pampasan itu melibatkan 110 bas berjumlah RM5.4 juta, 118 pekerja berjumlah RM1.8 juta serta ganti rugi tambahan kepada keseluruhan syarikat tersebut berjumlah RM500,000.
"Kita berharap transformasi ini dapat memperbaiki sistem pengangkutan awam serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga Melaka yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti walaupun (kerajaan Melaka) terpaksa menanggung kerugian akibat pengambilalihan ini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Panorama Melaka Cultural and Tourism (PMCT) Sdn Bhd dan 10 pengusaha syarikat bas henti-henti di negeri itu di sini. — BERNAMA

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]