Wednesday, January 18, 2012

Pecat Dr Hassan Ali : Bukti Keangkuhan Perjuangan Pas




Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pemecatan keahlian dan pelucutan jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai bukti keangkuhan parti PAS, seolah-olah parti ini berada dalam kedudukan yang cukup kuat, sehingga membuat pertimbangan seolah-olah tiada apa yang boleh mengugat mereka.

“Walaupun jelas apa yang berlaku ini bukti bahawa mereka (PAS) di bawah telunjuk “pakatan mereka”, bukan keputusan mereka semata-mata. Keduanya, membuktikan juga bahawa kuasa sudah mengaburi perjuangan mereka yang membuktikan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai prinsip yang jelas, dan juga mereka bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya PAS sama seperti mana-mana parti lain.

Jadi keangkuhan rasa terlalu berkuasa sehingga mengenetepikan soal-soal lain khususnya bahawa ada kuasa yang lebih besar dalam menentukan setiap gerakkerja kita ini sudah dilupakan oleh pimpinan PAS. Saya percaya apa yang berlaku ini pasti ada hikmah dan lebih mustahak, masa depan negara pati akan tetap menjadi keutamaan kepada Barisan Nasional, walaupun apapun yang berlaku di dalam PAS,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika ditemui selepas pelancaran BN Youth Ride Fest di PWTC, petang tadi

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]