Ahli desak Pas keluar pakatan pembangkang
Kumpulan tersebut yang diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin turut menyeru semua pengundi di kawasan Permatang Pauh menolak Ketua Pembangkang itu sebagai calon pada pilihan raya umum nanti.
Lihat pada gambar macam tak percaya pulak...Nanti akan ada suara yang tibul kata ini semua UMNO dan BN punya kerja.......jadi lihat sendiri.....bila ahli parti PAS dan penyokong mula meragui dan mempertikaikan kepimpinan parti mereka. Kita nak lihat adakah kepimpinan parti PAS mendengar suara ahli sendiri atau akan ada jawapan " itu dia punya pasal, lah"
Ketidakpuasan hati mereka ada kaitan dengan rakan sendiri yang tidak sensitif dengan pendirian politik rakan-rakan mereka. Namun penulis ada rasa adakah ini satu lagi strategi politik dan tektikal pembangkang untuk mendapatkan sokongan dan perhatian dari ahli mereka sendiri. Ini disebabkan menjelangnya pilihan raya ke 13, pembangkang ketandusan isu besar untuk dibawa......hati-hati dan waspada kerana mereka sangat licik...
Ketua Pembangkang perlekeh Pas
Jelas sekali pendirian Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin Ketua Pembangkang itu berbeza dalam isu kewujudan Israel. Bahkan, Pas akan lari daripada prinsip perjuangannya jika menerima pendirian tersebut.
"Sama ada hendak keluar atau tidak dari pakatan pembangkang, itu terserah kepada Pas. Tetapi kalau Pas terima penjelasan Anwar, maka ia sudah lari daripada perjuangan asal parti itu,"
2 comments:
Asmkm..Salam Perjuangan...Saya ingin mohon link blog saya di blog tuan...sya sudahpun linkkan blog tuan di blog sya...
Salam Perjuangan...terima kasih atas kesudian tuan.
Post a Comment