Friday, February 24, 2012

MENTERI, TIMBALAN SERTA AHLI PARLIMEN SILA BUAT KERJA


Anggota Kabinet , Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian perlu lebih berani .

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Pandangan Datuk Musa Sheikh Fadzir supaya anggota Kabinet menggunakan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang dalam memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan kumpulan itu.


Pandangan PPUBJ : Kelihatan terdapat sesetengah pemimpin UMNO/BN yang rasa selesa dengan pemerintahan pembangkang di negeri mereka. Jangan hanya berharap pada NGO dan blogger/face booker sahaja. kan lebih baik jika kita sama-sama bekerja untuk merampas semula kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU 13. 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, anggota Kabinet sama ada menteri atau timbalan menteri tidak seharusnya bersikap apologetik untuk menyampaikan pandangan, teguran atau kritikan dalam sesuatu isu sama ada untuk mempertahankan sebarang dasar kerajaan ataupun tohmahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pandangan PPUBJ : Ramai dikalangan menteri, Timbalan Menteri, ahli Parlimen seolah-olah kelu lidah mereka untuk balas balik tomahan yang dilemparkan oleh pembangkang dan sekutunya. Pelik bin hairan sedangkan mereka ada banyak data dan maklumat yang boleh dipercayai oleh maysrakat dan rakyat untuk mendapatkan fakta sebenar dari kerajaan. Ini hanya PM dan TPM sahaja yang nampak bekerja. Malah lebih hairan lagi masih nakkan kerusi dikekalkan untuk PRU 13. 

Katanya, dalam melawan gelombang fitnah pembangkang ketika ini, setiap menteri seharusnya lebih berani ke depan untuk mematahkan hujah kerana rakyat lebih mudah menerima hujah mereka.


Pandangan PPUBJ : Adakah kini disebabkan oleh kerajaan Pesekutuan dibentuk dengan simple majoriti maka tidak ada keberanian untuk menjawab soalan-soalan yang dilemparkan oleh Anwar ? 

''Anggota Kabinet seharusnya tidak hanya sibuk dengan Indeks Prestasi Utama (KPI) kementerian masing-masing sebaliknya pada masa sama, mereka perlu berani tampil menyatakan pendirian kerana menteri dan timbalannya mempunyai lebih banyak maklumat dan fakta," katanya di sini hari ini.




PPUBJ : Adakah kerja Menteri dan Timbalan setakat jaga KPI sahaja?

Beliau mengulas kenyataan Musa yang mahu kelemahan pentadbiran di negeri-negeri bawah kerajaan pembangkang dilihat sebagai peluang untuk BN memperkukuhkan kedudukan.

Situasi berkenaan adalah peluang terbaik bagi pemimpin BN khususnya para anggota Kabinet memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap imej BN yang sebelum ini diperlekehkan oleh parti pembangkang.

Puad dalam pada itu menjelaskan, anggota Kabinet seharusnya menggunakan majlis yang mereka hadiri untuk memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan dan kelemahan yang wujud daripada pentadbiran kerajaan negeri pembangkang.

''Peluang berucap itu harus digunakan sepenuhnya tanpa terlalu apologetik kerana rakyat perlu maklumat yang lebih tepat.

''Jika tidak dilakukan, ia dikhuatiri akan digunakan pembangkang untuk terus menabur fitnah terhadap kerajaan termasuk Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu amat baik kerana ada kalangan anggota Kabinet yang tidak kisah untuk menyuarakan kelemahan pakatan pembangkang.

Katanya, peluang untuk berucap pada majlis yang dihadiri menteri dan timbalannya seharusnya digunakan bukan sahaja menyentuh soal dasar malah menekankan soal kelemahan pakatan pembangkang kerana mungkin masih ada rakyat yang tidak mengetahuinya.

''Adalah wajar untuk kita (anggota Kabinet) memberi keutamaan kepada kelemahan yang dimiliki kerajaan negeri pakatan pembangkang dan menjelaskan mekanisme yang seharusnya digunakan bagi menarik keyakinan rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

JANGAN SETAKAT BERANI NAK BERTANDING PEMILIHAN PARTI SAHAJA. TAK GUNA PARTI KUAT TAPI TAK BOLEH TUBUH KERAJAAN!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]