Thursday, February 23, 2012

SIRI 3 : ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT ATAU PATRIOT ?



                                                                      ATAU       




Anwar bukan pemimpin yang mengekor angin. Dia tidak mahu menjadi orang nombor dua dalam apa sahaja pergerakan yang melibatkannya. Dia pernah jadi ketua ABIM, juga ketua PPIUM dan juga memimpin PBMUM ( Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya). Tapi bila dia menyertai UMNO mengapakah dia sanggup menjadi orang nombor dua terpenting ?


Ada muslihatnya. Sebagai orang baru dalam UMNO dia harus bijak berpolitik. Seperti kata perumpamaan Melayu pukul ular, ular mesti mati. kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk. Musuh-musuhnya dalam UMNO lebih ganas dan lebih banyak dari musuh-musuhnya sewaktu memimpin ABIM atau pun PPIUM atau PBMUM.



Walau pun dia mempuyai pengaruh politik dalam dan luar negara namun dia tidak mahu tunjuk taringnya, seperti kaduk naik jungjung. Dia mahu melebarkan pengaruhnya di kalangan rakyat terlebih dahulu supaya rakyat akan menjadi penyokong super setia kepadanya. Menurut Tun Mahathir, Anwar sudah mula merancang jaringan strategi politiknya dengan mengadakan cell-cell dalam parti, kerajaan, badam badan berkanun dan berbagai NGO-NGO lain.



Pendek kata, dia sudah merancang konspirasi untuk mengusai UMNO dan menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat. Mahathir tahu tapi dia mahu melihat sejauh mana dan serakus mana Anwar bermain politik......

Malangnya Anwar tidak sabar menunggu gilirannya. Walaupun Mahathir mencanang namanya berkali-kali di berbagai tempat bahawa Anwar sebagai pengganti namun Anwar tidak mampu menunggu masanya. Dia ingin menentukan nasibnya sendiri, bukan Mahathir dan bukan rakyat. Bila dapat kuasa, disintuklimau oleh Mahathir dan menjadi orang nombor dua penting dalam kerajaan dan UMNO seolah-olah dia dikhayalkan oleh kuasa yang tidak pernah dia mimpikan sewaktu menjerit slogan anti UMNO di era kepimpinan ABIM dulu. 

Dia seolah-olah merasakan Allah memberi 'wahyu' kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum kalau orang atau kaum itu sendiri yang merubahnya. Barangkali dia berpaut pada firman Allah ini secara bulat-bulat tanpa memperhintungkan aspek-aspek lain dalam percaturan politik pada masa itu.



Sejak Tun Ghafar baba kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 Anwar dan juak-juaknya menjadi semakin galak. Ghafar terpaksa mengaku kalah sebelum persidangan UMNO gara-gara mainan 10 undi bonus yang tidak demokratik itu.

Nafsu untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri semakin membuak setelah Anwar dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap lagi Menteri Kewangan. Anwar dan kabilahnya seolah-olah tidak sabar lagi untuk merancang strategi mengambil kuasa secara licik melalui Perhimpunan Agung UMNO di mana beberapa orang perwakilan sudah ditunjuk untuk menkritik pimpinan Mahathir dan mendesak beliau berundur dari kerusi Perdana Menteri. Anwar melempar batu tapi sembunyi tangan.....

Anwar boleh baca kilat dalam kilau mainan politik Mahathir yang ingin memperalatkan dia untuk menentang PAS> Sebenarnya Anwar bermain acilut politik dengan PAS kerana banyak pemimpin ABIM menyertai PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, haji Hadi Awang dan allahyarham Ustaz Fadzil Nor.



Sebenarnya sudah ada suatu agenda antara Anwar dengan rakan-rakannya dalam PAS yang akan merancangkan strategi untuk menguasai kedua parti tersebut. Matlamatnya ialah memperkukuhkan kedudukan Anwar untuk mengambilalih kekuasaan kerajaan Persekutuan dengan dukungan UMNO dan PAS menjadi alat politik Anwar untuk menjaga kepentingannya.

Tidak dapat dinafikan Anwar mempunyai banyak penyokong yang taksub yang akan melakukan apa saja demi kepentingan beliau.

Sungguh pun Anwar dijulang sebagai wira oleh pembangkang namun sebahagian basar rakyat tetap mengekalkan Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Ini bermakna rakyat pada umumnya masih berbelah bagi tentang kewibawaan dan ketokohan Anwar yang dijatuhi hukuman penjara kerana meliwat. Ini bermakna imej Anwar sebagai pemimpin berjiwa Islam diragui rakyat. Walau pun kes liwatnya mendapat laporan media dalam dan luar negara namun tidak tergugat hati rakyat untuk memberi kemenangan mutlak kepada pembangkang untukmenumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Anwar melancarkan demontrasi jalanan, menimbulkan huru-hara di Kuala Lumpur, memperalatkan ribuan anak-anak muda dan para penyokongnya untuk menentang kerajaan selepas dia dipecat dari kerajaan dan UMNO. Dia sebenarnya salah dugaan. Dia terlalu yakin bahawa melalui demontrasi jalanan dia dapat menggugat kerajaan untuk menerima dia kembali sebagai ahli kabinet dan UMNO. Dia ingat melalui demontrasi jalanan kerajaan BN boleh digulingkan sepertimana yang berlaku di Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filippina.

bersambung .........

Sesungguhnya dia hidup dalam dunia fantasi bikinan sendiri. Dia merasakan dirinya begitu hebat bikinan sendiri. Dia merasakan dirinya begitu hebat sebagai pemimpin politik yang boleh menggerakkan ribuan penyokong yang melolong, menjerit, menjulang namanya dan menistakan kerajaan dengan maki hamun.

Barangkali dia terpukau dengan kehebatan berbagai pemimpin plitik seperti Sukarno yang dapat menggegarkan sokongan jutaan rakyat Indonesia untuk bergerak senafas dengan perjuangannya. Atau dia menganggap dirinya sebagai Nelson Mandela atau Aung San Suu Kyi yang menjadi mangsa regim yang ganas.

Dia, Anwar Ibrahim, bukan Mandela bukan Suu Kyi yang mendapat Hadiah Nobel kerana perjuangan suci mereka menentang regim apartaid dan junta tentera yang super rakus dan zalim. Dia homosek. Dia dianggap sebagai pemimpin politik yang tidak mengenang budi, menggigit tangan yang memberinya rezeki dan kedudukan penting dalam parti dan kerajaan. Dia dianggap sebagai kacang lupakan kulit. Dia rakus. Dia sanggup memperalatkan siapa saja dan apa saja untuk mencapai cita-citanya iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.





No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]