Monday, February 27, 2012

PENGIKTIRAFAN KEPADA PEJUANG BANGSA.


CADANGAN PPUBJ KEPADA PRESIDEN UMNO.


DAULAH BANGSA MELAYU TERCIPTA DI SINI.


PERHIMPUNAN BERSEJARAH OLEH WAKIL-WAKIL BADAN GABUNGAN YANG BERSATU UNTUK MENUBUHKAN UMNO DI ISTANA BESAR JOHOR PADA 
11 MEI 1946
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kongress Melayu ketiga di adakan di Istana besar, Johor Bahru dan dirasmikan oleh YAM Tengku Mahkota Pemangku Sultan Johor Sultan Ismail. Dalam kongres ini, Baginda telah bertitah :-

".... Dengan hati yang sangat ria, saya melihat kedatangan tuan-tuan yang begini ramai dari semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini kerana hendak sama-sama muafakat menjalankan pekerjaan kongress dan hari ini nampaklah kepada saya dan kepada tuan-tuan sekelian juga yang kita bangsa Melayu yang sedia dan hendak bersatu dengan tujuan menguatkan pendirian bangsa kita dan memelihara tanah air kita. Kedatangan tuan-tuan ke mari ada memberi sukacita yang amat besar kepada saya dan saya menerima tuan-tuan sekelian dengan hati yang tulus ikhlas. Saya harap kerja-kerja yang hendak tuan jalankan di sini dalam dua hari akan jaya dengan cukup sempurna juga saya ucapkan selamat kepada tuan-tuan semua dan saya serukan persidangan mesyuarat ini dibuka dan dimulakan......."

Kongres ini dihadiri seramai 58 orang wakil dan 30 orang pemerhati. Disinilah piagam UMNO diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Dato' Onn Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertua sebulat suara. Dalam ucapan rasmi selepas penubuhannya, beliau menyatakan,

"...... Janganlah kiranya hendak mengejar pangkat sahaja dengan membelakangkan bangsanya kerana malangnya saya bercakap iaitu Tanah Melayu ini ada orang yang rupa Melayu, berkulit Melayu dan segalanya Melayu tetapi dukacita disebutkan hatinya bukan Melayu...."

".....alangkah malang ada orang Melayu yang tidak mengikut kerana kononnya segan kepada orang asing tetapi tidak segan kepada bangsanya sendiri. Saya tahu ada berbunyi pihak yang tidak menyebelahi pada Melayu hendak memberitahu kepada dunia bahawa bantahan-bantahan daripada kita itu bukan bantahan rakyat tetapi raja. Kita nafikan itu depada dunia yang menuntut hak bukan raja, melainkan rakyat. Ada dua tempat orang Melayu hendak bertenggek, satu kepada jiran, satu kepada musuh Melayu. Jika belum belum ada perasaan kebangsaan dan tanah air dan semata-mata kerana dirinya sendiri diminta supaya orang itu berfikir panjang dan bertaubatlah. Masuk ke dalam persatuan-persatuan dan bersatulah. Saya berharap dalam masa yang sedikit lagi jadi satu tujuan, kerana persatuan antara raja dengan rakyat tetapi rakyat dengan raja. Selamat belayar Kongres dan selamat datang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.


Seramai 29 Ketua wakil yang hadir menandatangani pengasas UMNO dalam piagam tersebut:-


1.  Dato' Onn Jaafar                                    -      Pergerakan Melayu Semenanjung Johor.
2. Kapten Ahmad Mohammad Don             -      Persekutuan Melayu Kluang.
3. Mohammad Rejab Darus                          -     Kesatuan Melayu Kedah.
4. Senu Abdul Rahman                                -      Saberkas.
5. Abdul Wahab Tok Muda Abdul Aziz       -     Persatuan Melayu Kelantan.
6. Ahmad Jamal                                            -     Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka.
7. Tunku Hussain Tunku Yahya                  -     Persekutuan Melayu Negeri Sembilan.
8. Mohammad Nor Sulaiman                        -     Persatuan Melayu Pahang.
9. Ahmad Malek                                             -     Persatuan Melayu Seberang Prai.
10.Ibrahim Mohamood                                  -     Persatuan Melayu Pulau Pinang.
11. Abdul Wahab Tok Muda Abdul Aziz      -     Perikatan Melayu Perak.
12. Mohammad Tahir Setia Raja                  -     Persatuan Melayu Perak.
13. Baharum Mohammad Mohidin               -     Persatuan Muslim Teluk Anson.
14. Raja Lop Shahruddin Raja Mohammad -     Persatuan Melayu Cendering.
15. Ahmad Abdullah                                      -     Psesekutuan Muhibah Malim Nawar.
16. Salleh Osman                                            -     Persatuan Melayu Perlis.
17. Mohammad Eunos Abdul Hamid             -     Persatuan Melayu Selangor.
18. Hamzah Abdullah                                     -     Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor.
19. Zainal Abidin Osman                               -     Ikatan Setia Kampung Baru.
20. Baginda Sulong Baginda Kassim            -     Per. Pinang Peranakan (dlm negeri Selangor)
21. Ali Arshad                                                  -    Dewan Perniagaan Melayu Malaya Neg Selangor
22. Raja Abdul Rahman Raja Yusof               -    Persatuan Penghulu Penghulu Selangor.
23. Omar Abu Hassan                                      -    Darul Ehsan Club Jeram.
24. Fatimah Musa                                            -   Persatuan Kaum Ibu Selangor.
25. Ahmad Mahdon Hassan                             -   Persekutuan Bawean Selangor.
26. Nordin Nawi                                               -   Persatuan Melayu Ulu Selangor.
27. Lop Salleh Long                                         -   Persatuan Melayu daerah Sabak Bernam.
28. Dr. Burhanuddin Mohammad Noor          -   Parti Kebangsaan Melayu Semalaya.
29. Abdul Rahim Ibrahim                                 -  Kesatuan Melayu Singapura.


Semoga Allah SWT mencucuri roh mereka yang telah meninggal dunia dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang solleh...Amin....


CADANGAN KEPADA PRESIDEN UMNO YAB DS NAJIB TUN RAZAK


Demikianlah senarai nama 29 pejuang-pejuang bangsa, agama dan tanah air yang telah mengabdikan diri mereka demi penyatuan satu bangsa yang dipanggil Melayu. Jelas, tanpa tandatangan mereka sudah pasti UMNO yang ada pada hari ini tidak akan wujud . Adat kita orang beradat, orang berbudi kita berbahasa. Apa kata sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke 66 ini....satu pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada keluarga 29 pejuang UMNO ini. Jika kita boleh memberi anugerah kepada pencapaian orang Melayu rasanya tidak salah jika kita memberi kepada mereka yang telah meletakkan asas penubuhan parti keramah ini agar ianya menjadi satu titik tolak kepada generasi muda Melayu untuk terus mengenang jasa mereka dahulu.                         



No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]