Monday, February 27, 2012

PENYELEWENGAN SYIAH


PENYELEWENGAN SYIAH

PENGENALAN

Perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dalam bidang syariah atau 
perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat 
ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim 
ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat. 
Walau bagaimanapun perbezaan pendapat dalam bidang  politik dan akidah lebih 
cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat Islam. Ia 
mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh 
Rasulullah S.A.W dan seluruh umat Islam. Demikianlah kewujudan fahaman Syiah 
telah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam. 

LATAR BELAKANG SYIAH

Syiah Imam Dua Belas (Ja’fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi
hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di
beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima  dan ia berkembang di
Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah
Zaidiyah.
Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta
orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan  bertaburan di sekitar Asia
Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH

1. KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali lebih
berhak menjadi imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang
oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri.
Sementara selain Syiah pula mengkaitkan pendapat ini dengan pandangan
yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak
menjadi khalifah selepas Rasulullah S.A.W

. 2. KEMUNCULAN PERGERAKAN ABDULLAH B. SABA’ DI PENGHUJUNG
ZAMAN UTHMAN R.A.
 Abdullah b. Saba’ adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas
golongan Syiah Al-Sabaiyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia
telah memeluk Islam pada zaman Uthman r.a, dan menjelajah ke kota-kota
Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam.

3. PEPERANGAN SIFFIN DAN MAJLIS TAHKIM
 Reaksi kepada puak Khawarij yang menentang Saidina Ali r.a dalam peristiwa
Tahkim. Mereka melaungkan bahawa imam itu adalah hak umum bagi semua
kaum muslimin tanpa wujud keutamaan antara orang Arab dengan bukan
Arab, dan antara bangsa Parsi atau Habsyah. Puak Syiah dalam keadaan itu
menjadikan imam hak di kalangan ahli bait Rasulullah S.A.W sahaja, dari
keturunan Saidina Ali r.a.

4. PEMBUNUHAN HUSSEIN R.A.
 Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk
merujuk kepada mereka yang menyokong Saidina Ali r.a dan keturunannya.
Kesimpulan : Sebahagian prinsip akidah bagi Syiah telah lahir pada tangan
Abdullah b. Saba’, tetapi tidak timbul secara berkumpulan. Hanya selepas berlaku
peristiwa di atas, terutama selepas pembunuhan Hussein, Syiah mula muncul
sebagai suatu kumpulan yang berkembang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu yang
dilontarkan oleh Ibnu Saba’ di dalam suasana pemikiran bagi puak Syiah ketika itu.
 
SYIAH DI MALAYSIA

Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang
merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Di Malaysia
terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu
iaitu :

Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang
memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai
tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200
hingga 400 orang.Syiah Ismailiyah Agha Khan
Kumpulan yang dikenali dengan nama  Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar
Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari
kelompok Bohra.
Syiah Ja’fariyah @ Imamah Ithna Assyariyyah. (Imam Dua Belas)
Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia  selepas  kejayaan
Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular
ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan samaada yang
berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang Pensyarah
universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah
Ja’fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH
1. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH
-  Khalifah diwasiatkan secara Nas.
- Imam adalah maksum.
- Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada
manusia.
- Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk
memberi keadilan.
- Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut
kemudharatan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara yang benar.
- Konsep al-Mahdiah iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari
sebagai imam Mahdi al-Muntazar.
- Penyanjungan yang keterlaluan kepada Sayidina Ali.
- Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
-  Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala
Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
- Hanya Ali dan para Imam sahaja yang menghafal dan  menghimpun al-Quran
dengan  sempurna.
- Menghalalkan nikah mut’ah. - Menambah nama Saidina Ali dalam Syahadah.
- Menolak Hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah sekalipun
Hadis Mutawatir.
2. PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT
-  Menolak Ijmak Ulama.
-  Menolak Qias.
-  Mengamalkan nikah mut’ah
3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM
-  Menziarahi kubur Saidina Hussein, ganjarannya syurga.
-  Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian
 Saidina Hussein.
- Menghina isteri-isteri nabi S.A.W.
- Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan  tanpa sebarang
 sebab.
- Imamah dan Khalifah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku
 melalui nas.
- Sembahyang dhuha adalah bid’ah
- Islam bukanlah syarat wajib Haji.
- Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuh
 kedua-duanya.
  PERBEZAAN DI ANTARA SYIAH DAN SUNNAH
BIL SYIAH  SUNNAH
1.  Akidah
* Mengenal Allah wajib dengan akal
* Melihat Allah itu tidak harus dan
mustahil samaada di dunia atau di
akhirat.
* Sifat Allah itu ialah zatNya.
* Mengenal Allah wajib dengan syarak
(Allah lah yang mewajibkan manusia
mengenalnya).
* Melihat Allah adalah harus di dunia
dan di akhirat. Sesetengah
berpendapat harus di akhirat sahaja.
* Sifat Allah itu bukan zatNya.
2.  Kebangkitan nabi-nabi dan
terpelihara mereka dari salah dan
silap
* Wajib Allah bangkitkan Nabi-nabi
kerana ia menghampirkan manusia  
kepada Allah dan menjauhkan dari  
maksiat.
* Nabi-nabi terpelihara daripada dosa  
besar atau kecil.
 
* Tidak wajib ke atas Allah
membangkitkan Nabi-nabi untuk
menerangkan kepada manusia sumber
kebaikan dan keburukan.
* Dosa-dosa kecil harus dilakukan oleh
Nabi-nabi samaada sengaja atau
terlupa. Dosa besar pula
berkemungkinan dilakukan dengan
cara terlupa atau tidak disengajakan.
3.  Khalifah
* Khalifah ditentukan dengan nas
Nabi-nabi atau Imam yang
terpelihara dari dosa.
* Khalifah dan Imam dikehendaki  
terpelihara dari dosa.
 
* Khalifah ditentukan dengan pemilihan  
dan sudah mencukupi ikrar taat setia
dibuat walaupun oleh seorang sahaja.
* Terpelihara dari dosa bukanlah syarat  
untuk menjadi Khalifah.
  KITAB UTAMA
AWAS! Terdapat beberapa kitab utama Syiah yang telah dijadikan bahan rujukan,
antaranya:
1. Al-Sahabah, oleh: Haidar
2. Ahlu al-Bait, oleh: Dr. Mahfuz Mohamed
3. Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas
dan Ijtihad) oleh: Al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar.
4. Kasyf al-Asrar, oleh : Ayatullah al-Khomeini
5. Al-Hukumah al-Islamiah, oleh: Ayatullah al-Khomeini
6. Al-Sab’ah Min al-Salaf, oleh: Ayatullah al-Murtadza az-Zubaidi
7. Tahrir al-Wasilah, oleh: Ayatullah al-Khomeini
8. Al-Muraja’at, oleh: Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi
9. Al-Usul Min al-Kafi, oleh: Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi
10. Peshawar Nights, oleh: Al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin
11. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?,  oleh: Syeikh Muhammad Mar’i alAmin al-Antaki – diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim (thn 1993).
12. Mafatih al-Jinan, oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]