Tuesday, February 14, 2012

PRU-13 - TAHNIAH POLIS MELAKA DAN APA 2011.



MELAKA 13 Feb. - Polis Melaka giat menjalankan latihan terutamanya bagi anggota Unit Tindakan Ringan (LSF) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, tindakan itu perlu bagi menjamin setiap anggotanya berada dalam keadaan siap sedia daripada segi mental dan fizikal serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Selain itu katanya, program dan latihan dalam perkhidmatan juga dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan kepada anggota polis mengenai undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu diikuti.

"Setiap anggota polis perlu dimantapkan daripada pelbagai aspek termasuk fizikal, mental, pengetahuan dan profesionalisme bagi memastikan setiap tindakan yang diambil bertepatan dengan peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, setiap anggota dan pegawai juga turut dipersiapkan dengan pendekatan baru bagi menghadapi sebarang bentuk perhimpunan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2011.

AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2011.


PETIKAN MK.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman adalah satu undang-undang "draconian" yang zalim.
Jelasnya, bahawa dengan akta berkenaan perhimpunan bakal boleh diadakan dalam masa yang singkat dan menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.

NONE"Akta Perhimpunan Aman dibahagikan kepada dua kategori, bagi kawasan-kawasan yang telah ditetapkan, mereka hanya perlu memberitahu pihak polis dan akan ada pihak berkuasa yang akan memanatu keadaan walaupun dengan notis yang singkat.

"Bagi kawasan-kawan yang tidak ditetapkan, maka ia akan memerlukan 10 tempoh hari supaya pihak polis boleh berunding dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
"Bagi kawasan yang ditetapkan, awak boleh berkumpul pada bila-bila masa... hanya maklumkan kepada polis bahawa anda sedang berhimpun... malah maklumkan sahaja dalam tempoh 24 jam."

Menurut Najib, akta itu sesuatu perubahaan besar berbanding dengan undang-undang yang ada sekarang.

"Polis mempunyai budi bicara tetapi dalam akta baru ini, hak rakyat untuk berhimpun secara aman adalah dijamin, jadi ini adalah penting," katanya.

Najib juga menolak dakwaan bahawa undang-undang baru itu lebih zalim daripada kebebasan Myanmar dan menuduh pihak pembangkang cuba mengelirukan orang ramai.
"Dalam akta yang baru ini, hak warganegara untuk berhimpun dengan aman itu terjamin, itu yang penting. Adalah tidak berasas sama sekali bahawa kerajaan  lebih zalim daripada Myanmar dan macam-macam karut lagi.

“Mereka yang membuat dakwaan ini mahu mengelirukan orang ramai," katanya.
NONEPada 24 November lalu, Najib membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
"Kami akan tentukan kawasan-kawasan di mana orang ramai boleh berhimpun. Kawasan-kawasan itu akan ditetapkan. Itulah apa yang kita maksudkan kawasan yang ditetapkan dan kawasan-kawasan itu tidak akan menjejaskan kepentingan awam seperti stadium dan kawasan lapang.

"Pihak polis hanya akan menyelaraskan perhimpunan aman, itu sahaja peranan polis," katanya.

PETIKAN MSTAR.

Kerajaan Bentang Akta Perhimpunan Aman
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi memberi hak kepada rakyat untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.
Rang Undang-undang berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu Mohamed Nazri turut membentangkan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Polis 1967 juga untuk bacaan kali pertama.
Menerusi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, dinyatakan hak penganjuran dan penyertaan berhimpun secara aman dengan tertakluk kepada sekatan tertentu demi kepentingan negara dan ketenteraman awam.
Bagaimanapun cadangan akta berkenaan tidak terpakai bagi sesuatu perhimpunan membabitkan kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta perhimpunan mogok, sekat masuk atau piket di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Akta baru itu turut dengan tegas menyatakan seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan.
Individu berumur di bawah 21 tahun serta kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun juga tidak dibenarkan menyertai perhimpunan kecuali yang membabitkan perhimpunan keagamaan, adat, perarakan pengebumian serta perhimpunan yang diluluskan Menteri.
Masyarakat bukan warganegara juga adalah dilarang menyertai perhimpunan di bawah akta ini.
Berdasarkan akta baru itu juga memberi kuasa Ketua Polis Daerah bagi sesuatu tempat penganjuran itu untuk mengenakan sekatan tertentu bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.
Bagi individu yang melanggar sekatan dan syarat yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
Akta ini juga memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.
Kesalahan bagi peraturan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.
Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, pihak polis juga diberikan kuasa menangkap tanpa waran penganjur dan peserta yang melakukan kesalahan melanggari akta tersebut.
Sementara itu bagi akta untuk meminda Akta Polis 1967, matlamatnya ialah untuk memotong Seksyen 27, 27A, 27B dan 27C.
Kesemua seksyen ini berkaitan dengan pembuatan Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk menghapuskan syarat permohonan lesen bagi sesuatu perhimpunan.



PETIKAN CY BERITA. 

29 Nov 2011

LUAR NEGARA

UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN
Najib: Peruntukan akta baru disalah tafsir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, semalam mempertahankan keputusan pentadbirannya menggubal undang-undang berkaitan perhimpunan aman, yang dikritik daripada dalam kerajaan dan luar kerajaan, sambil mendakwa bahawa peruntukan akta baru itu telah disalah tafsir oleh banyak pihak.

Bercakap pada sidang media yang diadakan di sini, semalam, Datuk Seri Najib menyalahkan Pakatan Rakyat (PR) atas alasan mengelirukan orang ramai khususnya berhubung syarat notis 30 hari yang perlu dimaklumkan oleh penganjur perhimpunan kepada pihak polis, demikian lapor laman berita The Malaysian Insider.

'Sebenarnya perkataan dalam tempoh 30 hari bermakna ia boleh lima atau 10 hari tetapi perkataan itu membawa kepada kekeliruan, jadi kami memutuskan meletakkan secara khusus 10 hari, jadi tidak akan ada keraguan lagi,' jelas Datuk Seri Najib.

Beliau mengadakan sidang akhbar itu bagi menjelaskan keputusan kerajaan Malaysia yang mahu meminda beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang bakal dibahaskan di Parlimen hari ini.

Ahli-ahli Parlimen (AP) pembangkang menyifatkan rang undang-undang itu digubal dengan tergesa-gesa dan menggesa agar ia ditarik balik daripada dibahaskan.

Pertubuhan-pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO), termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), juga mahu peruntukannya dikaji semula
.
Datuk Seri Najib berkata, notis 30 hari itu tidak bermakna makluman sebulan lebih awal diperlukan.

Menurutnya, orang ramai boleh berhimpun di tempat-tempat yang ditetapkan seperti stadium pada bila-bila masa dan polis tidak boleh menghalang ia daripada berlaku.

'Anda hanya perlu memaklumkan kepada polis bahawa anda mahu mengadakan perhimpunan, sebenarnya anda boleh memaklumkan dalam tempoh 24 jam,' katanya lagi.

Bagaimanapun di tempat yang tidak dikhususkan, hanya notis 10 hari diperlukan bagi pihak penganjur memaklumkan kepada polis dan mengadakan perbincangan dengan pihak yang tinggal di kawasan-kawasan terjejas dekat lokasi perhimpunan.

'Tindakan kami adalah perubahan besar berbanding keadaan semasa,' kata Datuk Seri Najib sambil menegaskan bahawa dakwaan bahawa Malaysia lebih drakonian berbanding dengan Myanmar 'adalah karut' dan 'mengelirukan orang ramai'.

Rang undang-undang itu yang digubal ekoran keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis mendapat kritikan banyak pihak termasuk daripada pakatan pembangkang dan NGO.

Hari ini, Majlis Peguam Malaysia akan mengadakan kempen Walk for Freedom 2011 bagi membantah rang undang-undang itu dan menyerahkan memorandum syor pindaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]