Saturday, February 4, 2012

UMNO, PAS, PKR,KITA, JATI ....sampai bila Melayu?

Begitulah hebatnya orang Melayu berpolitik dan berpesatuan. Senario ini mengingatkan kembali penulis kepada tahun 40, 50 dan 60 dulu bila orang Melayu ketika itu masih dalam kelompok-kelompok kecil. setiap negeri ada pertubuhan masing-masing dengan objektif yang tertentu demi menjaga kebajikan kelompok masing-masing. 

Masa berlalu, tertubuhnya UMNO berjaya menyatukan pelbagai pertubuhan Melayu dengan agenda yang sama iaitu memerdekakan negara dari British. Alhamdulillah berkat usaha murni dan di ijinkan oleh Allah SWT maka 31 Ogos 1957 negara ku bebas dari penjajah. Tetapi ekonomi masih belum merdeka hingga sekarang. Apa pun kita sama-sama berdoa agar satu masa nanti jurang itu bisa didekatkan lagi.

Kini dah 54 tahun merdeka. Macam-macam dah capai. Biasalah bila dah kaya tu, macam-macam orang nak jadi pemimpin. Bila kalah bertanding maka wujudlah parti baru. Maka berduyun-duyunlah pengikut dan penyokong ikut serta. Almaklumlah kan ramai orang Melayu yang tak menjadi ahli mana-mana parti politik. Tak percaya tengok statistik yang paling ramai tak mendaftar adalah orang Melayu. Puak-puak ini madu dikebasnya tapi masa depan negara diserah pada orang lain untuk menentukannya.

Tu lah sebabnya bila agama sendiri diperlekehkan orang tak boleh nak berapa berani mempertahankannya. Sebabnya mudah aje ada yang dah berkomplot nak tawan Putrajaya dan ada yang nak jaga undi takut lari. Jadi bangunlah satu kelompok lagi yang nak tatang semua yang jadi pusaka Melayu. Namun baru aje ditubuhkan, entah berjaya atau tidak, hanya masa yang menentukan.....jadi fikirlah sampai bila bangsa yang dikenali sebagai MIM ini akan terus diperlekehkan.............

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]