Keputusan
itu dibuat selepas lajnah politik PAS sebulat suara menolak hasrat
presiden PAS itu untuk tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum, sama
ada di peringkat DUN atau parlimen
Nik Aziz kata mahu berundur tapi dihalang PAS K'tan.
Menteri
Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan
hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.
"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini.
Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Nik Aziz berkata keputusan Abdul Hadi berbuat demikian "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mampu berbuat
sesuatu terhadap tertinggi PAS itu.
Katanya PAS kini mempunyai banyak berkelayakan untuk menjadi calon, termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, berbanding guru-guru pondok dan orang kampung sebelum ini.
Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu.
Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan.
- Bernama

Kepada pemilih apakah maksud tersirat dari 2 kenyataan di atas ? Perlukah kita memberi undi kepada parti ?
No comments:
Post a Comment