Pengkalan Tentera Amerika Jika PR Memerintah?
March 7, 2012 · 74 Comments
Ada desas desus menyebut pembinaan sebuah pengkalan tentera Amerika di negara kita akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi pilihanraya umum akan datang.
Menurut sumber dalaman PR, lokasi pengkalan tentera tersebut berkemungkinan berhampiran Selat Melaka atas alasan untuk mengawal keselamatan laluan perkapalan disamping mengekang kegiatan lanun.
Umum mengetahui, Selat Melaka dianggap strategik bagi Amerika kerana ia bakal menjadi faktor pengimbang dalam menghadapi kebangkitan ekonomi & ketenteraan negara China.
Dengan menguasai laluan tersebut, bermakna lebih kurang separuh dagangan minyak dunia akan berada dalam kawalan Amerika dan tentu saja tindakan sedemikian bakal mengundang tindakbalas keras daripada negara China.
Sebelum ini, Malaysia & Indonesia pernah menolak tawaran Amerika untuk melakukan rondaan bersama di sepanjang laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia itu.
Bagaimanapun, Singapura pula secara terbuka mengalu-alukan kehadiran bala tentera Amerika di rantau ini atas alasan keselamatan.
Berbalik kepada kenyataan sumber dalaman PR tersebut, jika ianya sahih, bermakna seluruh rantau Asis Tenggara termasuk Malaysia akan terjerumus ke dalam konflik persengketaan yang tentunya bukan saja kedaulatan negara bakal tergugat malah keamanan yang kita kecapi juga akan hilang begitu saja.
Justeru itu, pihak PR dituntut memberi kenyataan segera berhubung isu ini selain itu adalah penting dijelaskan adakah ianya juga berkait rapat dengan usaha melobi pihak tertentu untuk mendapatkan dana luar negara bagi menghadapi pilihanraya ke 13.
Fakta Selat Melaka & isu berkaitan
1. Selat Melaka merupakan laluan penting menuju pelabuhan utama di Eropah & Barat
2. 50% perdagangan hasil minyak & gas dunia menggunakan Selat Melaka
3. 25% perdagangan antarabangsa adalah melalui Selat Melaka
4. Pengkalan tentera Laut Amerika di Subic Bay & Clark Air Base Filipina ditutup pada 1991
5. Pada awal tahun 2005, Amerika pernah bercadang membuka pengkalan tentera di Thailand kemudiannya dibatalkan selepas mendapat bantahan rakyat Thai
6. Singapura pernah bersetuju membenarkan tentera Amerika beroperasi di negaranya selepas penutupan pengkalan tentera laut Amerika di Filipina
7. Pada 2004, Malaysia & Indonesia telah membuat bantahan keras terhadap Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) anjuran Amerika Syarikat kerana ianya dikhuatiri menjadi permulaan bertapaknya Amerika di Selat Melaka.
8. Penguasaan Selat Melaka akan membolehkan Amerika mengawal laluan perdagangan minyak dunia dari Asia barat hingga ke Lingkaran Pasifik
No comments:
Post a Comment