Friday, March 9, 2012

PAS KEDAH : RETAK MENUNGGU BELAH?


Negeri Terbelah Dua, Pemuda PAS Kata Bukti Layak Perintah Negara?

March 6, 2012   ·   117 Comments
negeri_terbelah_dua
PEMUDA PAS kalau bab propa, dialah yang hebat sekali, itu kita perlu akui.  Dalam hal krisis politik di Kedah ini begitu juga, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan ‘kejayaan’ PAS Pusat ‘menyelesaikan’ krisis politik di Kedah sebagai bukti kemampuan parti tersebut memerintah negara.
Bagaimana Pemuda PAS yang tohlol albahlul ini menyifatkan apa yang berlaku di Kedah itu sebagai kejayaan?  Pentadbiran negeri tersebut terbelah kepada dua dengan 8 Exco melapor pada Azizan, manakala baki 2 lagi melapor pada Jawatankuasa PEMANDU yang ditubuhkan khas untuk mengawal selia segala keputusan dalam negeri tersebut.
Itu dari segi melapur, dari segi keputusan pulak, semuanya perlu melalui jawatankuasa PEMANDU yang terletak dibawah pentadbiran PAS Pusat.
Nama jawatankuasa PEMANDU itu sendiri pun diceduk dari Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) dibawah Datuk Seri Idris Jala (idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).
Malulah sikit ooi, sudahlah negeri terbahagi dua, nama jawatankuasa pulak tiru unit bawah Idris Jala, lepas tu nak dijadikan contoh kononnya PAS boleh tadbir kerajaan pusat yang lebih meluas skopnya ni?
Kalau layak sangat PAS, kenapa Anwar dinamakan sebagai Perdana Menteri, bukan Nik Aziz atau Hadi Awang, kalau tidak Mahfuz Omar yang SRP pun tak lulus tu?
Tolonglah jangan bagi kami orang UMNO gelak wahai Pemuda PAS.  Setakat propa bodoh macam ini, budak-budak sekolah menengah pun tau tidak ada apa yang selesai di Kedah nun.  Yang dikatakan ‘selesai’ itu sebenarnya hanyalah penyelesaian sementara, nak meredakan keadaan sementara menunggu pilihanraya umum berlangsung.
Dia dipanggil selesai kalau Azizan terus jadi Menteri Besar dan semua Exco melapor kepadanya, selain keputusan mengenai negeri diputuskan dalam mesyuarat Exco.  Itu baru dikatakan selesai, kalau jawatankuasa ambil alih, itu bukan selesai, itu namanya bertambah serabai.
Amat memalukan bila Kedah diperintah oleh sebuah jawatankuasa.  Sekarang ini negara bukan berada dalam keadaan darurat seperti 1969 dahulu bila Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuh untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan yang digantung akibat darurat.
Negara kita aman damai dan Kedah sendiri tidak diisytihar darurat sehingga satu jawatankuasa perlu mengambil alih..  Bagaimana itu boleh ditafsirkan sebagai ‘kejayaan’?
Dalam dunia ini, hanya Indonesia sahaja negara yang pernah dijajah dan diperintah oleh sebuah syarikat Belanda, bukan tanah jajahan negara Belanda itu sendiri pun.  Punyalah hina negara tu, sudahlah dijajah, yang menjajah itu pulak hanya SEBUAH SYARIKAT.
Sekarang Kedah nak letak dirinya setaraf dengan Indonesia dulu ka?  Memalukan.
Tidak hairanlah kenapa Pemuda PAS makin hari makin hilang taring, tidak seperti mana dahulu.  Kalau berterusan macam ini ada harapan PAS makin lama makin terlungkup, yang mana sekarang pun tanda-tanda ke arah itu dah makin jelas kelihatan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]