Sunday, March 4, 2012

KERJA WALAU PUN TIDAK TERPILIH.



Pemimpin BN jangan angkuh, elak berebut jadi calon

BALING 3 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat di negeri yang ditadbir oleh pembangkang khususnya Kedah melakukan perubahan politik dengan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, BN berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan perancangan teliti untuk membawa negara ke taraf maju dan berpendapatan tinggi.

"Kalau dahulu sedikit sebanyak kita buat silap, maka, saya hendak menyatakan bagi pihak BN, kita minta maaf kepada semua, yang menang minta maaf dan yang kalah pun minta maaf.

"Kita berjanji untuk belajar daripada kesilapan itu dan akan melaksanakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Kuala Ketil, di sini hari ini.

SIKAP RENDAH DIRI PM WAJAR JADI IKUTAN.

Memohon maaf kepada rakyat Kedah, kesilapan yang dilakukan olej pemimpin UMNO/BN Kedah semasa PRU 12 2008. Ini menggambarkan kehalusan budi pekerti dalam usaha rakyat didahulukan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]